Thursday, September 10, 2009

ANWAR IBRAHIM :Pengkianat UMNO

Oleh: notan

Assalamualaikum,,..

Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,

Sewaktu DSAI memutuskan untuk menyertai UMNO, aku pernah berkata kepada kawan-kawan bahawa DSAI ibarat seekor ular yang masuk ke dalam masyarakat manusia. Umumnya, samada ular itu membunuh atau dibunuh.

DSAI tidak akan mampu menyebarkan ideologi perjuangannya di dalam UMNO selagi UMNO dikuasai oleh maluan maluan yang pelahap dan rakus. Kini apa yang pernah aku sembangkan dengan kawan kawan benar benar terjadi dan sesugguhnya cukup menarik untuk diperkatakan.

DSAI cuba dimatikan karier politiknya dengan tuduhan liwat pada tahun 1998 tetapi DSAI cukup yakin bahawa dia akan kembali. Malah ketika hukuman 15 tahun dijatuhkan kepadanya, beliau dengan lantang berkata "see you in 15 years time or earlier". Ternyata DSAI membuat comeback selepas 10 tahun yakni 5 tahun lebih awal. Pada aku, apa yang berlaku adalah ketentuan ALLAH jua, apa yang disangka tidak berlaku sebaliknya keajiaban yang terjadi. Siapa sangka sesudah begitu teruk DSAI dikerjakan, dia kembali selepas 10 tahun dengan begitu gagah dan bergaya. ALLAH yang mengkehendaki demikian.

Comeback DSAI nampaknya mengecutkan ramai pemimpin UMNO termasuk Muhyidin Yasin yang sebelum ini diketahui sebagai salah seorang pengikut DSAI. Kerana ketakutan itulah, Muhyidin akhirnya mengulangi tuduhan yang pernah dilemparkan kepada DSAI iaitu tuduhan pengkhianat negara. Muhyidin sebenarnya tahu benar bahawa tuduhannya itu palsu kerana ketika DSAI dijatuhkan pada tahun 1998, Muhyudin ketika ditemuramah oleh RTM menyebut kejadian itu sesuatu yang amat menyedihkan. Nampak jelas bahawa Muhyidin tahu apa sebenarnya berlaku.

Namun apa yang terjadi selepas itu memperlihatkan bahawa memang benar DSAI seorang pengkianat tetapi bukan kepada negara tetapi kepada UMNO. DSAI berjaya mendapat sokongan padu daripada rakyat berbilang kaum di negara kita malah lebih dulu memperkenalkan gagasan 1Malaysia yang sekarang cuba dipromosikan Najib. Sokongan yang diterima DSAI menyebabkan UMNO rosak kerana sejak hari pertama DSAI dijatuhkan sehingga kini, ramai orang orang baik dan berkualiti dalam UMNO berhijrah meninggalkan UMNO sehingga apa yang tinggal dalam UMNO cumakan mereka mereka yang rosak akhlaknya dan tidak berkualiti dari sudut kepimpinan mereka.

Kerana itu, benarlah DSAI pengkianat UMNO dan akan terus mengkianati UMNO sehingga ianya berkubur dan tinggal sejarah. Fakta ini tidak boleh dinafikan malah sebelum kemasukan DSAI ke dalam UMNO, suara suara membangkang UMNO tenggelam sehinggalah ke hari DSAI dijatuhkan dengan konspirasi licik UMNO. Kini ular yang cuba dibunuh UMNO masih lagi bernyawa dan berkemungkinan akan membunuh UMNO.

Hakikat inilah barangkali disedari oleh Tok Guru kita sehingga mengakuti kredibiliti DSAI untuk memimpin negara. Secara adil, aku juga terpaksa menerima kenyataan ini dan dari perbualan aku dengan kawan kawan, aku dapati ramai yang mengakui kualiti yang ada pada DSAI. Malah dari perbualan aku dengan salah seorang pendokong PR, aku diberitahu bahawa matlamat DSAI untuk merampas Putrajaya semakin hampir. Tetapi bagi aku, DSAI tetap menjadi pengkianat kepada UMNO, UMNO yang sejak kecil lagi aku harapkan akan hancur kerana tindakan tindakan pendokong mereka yang menjadikan negara ini macam hak mak bapak mereka. Aku gagal melakukan sesuatu untuk menghancurkan UMNO tetapi DSAI mungkin akan melakukannya. Untuk itu aku ucapkan TERIMA KASIH DSAI kerana kejayaanmu itu. Dan aku tetap istiqamah dengan wadah perjuangan PAS yang aku sertai ini (mesej untuk DSAI agar sentiasa mendaulatkan agama). 

http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=2497&mode=thread&order=0&thold=0

Ulasan: Lawan tetap lawan. Mari kita tinggalkan UMNO yang telah khianat kepada bangsa sendiri. Kejahatan BN/UMNO semua rakyat boleh nampak kerana kejahatan berlaku sejak BN/UMNO memerintah negara. Selamat tinggal BN/UMNO....

No comments: