LITTLE ROCK, Arkansas 2 Ogos - Nombor 19 benar-benar memeranjatkan Michelle Duggar. Ibu berusia 42 tahun yang sudah mempunyai 18 orang anak itu menyedari dia langsung tidak kehilangan berat badan, walaupun dia dan suaminya, Jim Bob sedang menjalani penggambaran siri realiti Weight Watchers, selain anak bongsunya yang berusia lapan bulan, Jordyn-Grace masih menyusu.
Sebelum ini, dia mengetahui kehamilannya menerusi perubahan dalam susu badan, justeru mengambil ujian kehamilan.
"Dan selepas melihatnya, saya terkejut apabila mendapati ia positif," kata Duggar semalam.
"Saya hanya melompat kegembiraan sambil berkata 'terima kasih Tuhan'.
"Lihatlah, saya berusia 42 tahun, memikirkan hari-hari bersama bayi sebelum ini telah berakhir, namun Tuhan telah mengurniakan saya dengan seorang lagi bayi," katanya...
Ulasan: Orang lain sungguh seronok beranak banyak kerana menerima kurniaan Tuhan. Doakanlah supaya seluruh keluarga Duggar memeluk Islam satu masa nanti. Orang kita pula kenapa sibuk merancang keluarga @ birth control? Seolah-olah kitalah yang memberi rezeki kepada anak-anak nanti.
1) Allah berfirman dalam Quran (17:31):Dan janganlah membunuh anak-anak kamu kerana takut akan kemiskinan; Kami memberi rezeki untuk kamu dan mereka. Sesungguhnya pembunuhan mereka adalah kesalahan besar.
2) Seterusnya Allah berfirman dalam Quran (6:151): Katakanlah, "Marilah, aku akan membacakan apa yang Pemelihara kamu mengharamkan kamu: bahawa kamu tidak menyekutukan sesuatu dengan-Nya, dan berbuat baik kepada ibu bapa, dan tidak membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan; Kami memberi rezeki kepada kamu, dan kepada mereka; dan bahawa kamu tidak mendekati sebarang kesumbangan, yang nampak atau yang tersembunyi, dan bahawa kamu tidak membunuh jiwa yang Allah mengharamkan, kecuali dengan patut. Itulah yang Dia mewasiatkan kamu dengannya, supaya kamu faham.
Oleh itu tak perlulah di ajar bagaimana merancang keluarga @ birth control kepada bakal-bakal pengantin. Kita tahu bahawa Rasulullah s.a.w. berbangga dengan umat yang ramai.
Hakikatnya perbuatan kita itu adalah menipu Allah swt. Muslihat itu Allah amat mengetahui dan akibatnya, Allah akan lebih menipu daya kita.
Buktinya, ada setengah-setengah wanita itu, kerana terlalu hendak merancang keluarga, langsung Allah tidak kurniakan anak kepadanya. Ada sesetengah wanita itu, kerana terlalu hendak merancang anak supaya dapat anak yang sedikit, apabila dia melahirkan anak, lahir anak-anak kembar yang banyak.
Jadi haruslah kita sedar siapakah Allah yang hendak kita tentang kehendak dan kekuasaanNya.
No comments:
Post a Comment