Thursday, September 03, 2009

Kapal selam KD Tunku Abdul Rahman tiba hari ini

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Malaysia mencipta sejarah tersendiri dalam sistem pertahanannya apabila kapal selam pertama dari kelas Scorpene, KD Tunku Abdul Rahman dijangka tiba di Pelabuhan Klang esok.

Kapal selam yang dibina di Perancis itu dijangka tiba pada pukul 8 pagi esok selepas menempuh pelayaran mencabar sejauh 8,537 batu nautika dari Toulon.

Ketika ini, kapal selam kebanggaan negara yang berkebolehan menyelam sedalam 300 meter berserta 35 anak kapal itu berada di perairan Selat Melaka dengan diiringi oleh kapal kelas korvet, KD Laksamana Tun Pusmah.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar ketika dihubungi berkata, KD Tunku Abdul Rahman telah menghabiskan masa selama 44 hari di laut dan 10 hari di beberapa pelabuhan sejak meninggalkan pangkalan tentera laut, Toulon pada 9 Julai lalu…

Ulasan: Entah hebat entah tidak kapal selam kita. Tapi yang tentu kenyang ialah sesiapa yang dapat komisyen RM530 juta berkaitan dengan pembelian kapal selam Scorpene itu.

Dengan kehebatan tentera elit dan senjata canggih yang berbagai-bagai yang kita ada pun kita masih malu dan kekok untuk mempertahankan Pulau Batu Puteh. Rupa-rupanya sokong yang membawa rebah. Tak mungkin terlepas kalau pemimpin kita benar-benar cinta kepada negara. Rakyat sewajarnya kena lebih berhati-hati dalam memilih pemimpin negara yang benar-benar berjiwa merdeka.

Wahai kapal selam KD Tunku Abdul Rahman
Sebelum kehadirannmu negara heboh
          dengan komisyen yang menghabiskan wang rakyat
          dengan tercemarnya maruah dan nyawa seorang wanita 
Sepanjang hidupmu nanti, berapa lagi wanita yang akan tercemar dan di bunuh?
Hidupmu untuk mempertahankan negara
Janganlah mencemar dan membunuh tanpa HAK.




No comments: