KUALA LUMPUR 3 Sept. – Teknologi memungkinkan perkara-perkara yang dulunya mustahil. Siapa pernah terfikir untuk ‘mendengar akhbar’ namun itulah kelebihan sistem UPCODE yang ditawarkan kepada pembaca Utusan Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terkecuali menerima manfaat teknologi tersebut yang memungkinkan beliau mendengar suara ayahandanya, AllahyarhamTun Abdul Razak Hussein.
Sebaik mendengar amanat ayahandanya mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) menerusi sistem UPCODE, Perdana Menteri yang mulanya terharu perlahan-lahan mengukir senyuman.
‘‘Sistem UPCODE yang ini satu usaha baik dalam mewujudkan persekitaran interaktif melalui paparan multimedia,’’ kata beliau.
Ulasan: Sekiranya orang yang sudah meninggal dunia dapat mengirimkan pesan kepada kita yang masih hidup sudah tentu mereka akan berpesan bahawa sebaik-baik bekal untuk kehidupan yang abadi selepas mati ialah TAQWA (God fearing). Kerana mereka melihat apa yang kita tidak nampak...
No comments:
Post a Comment