SIK 10 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat di negara ini.
Perdana Menteri berkata, ini kerana perjuangan UMNO adalah untuk membela dan menaik taraf hidup umat Islam termasuk membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutama di rancangan-rancangan Felda.
Beliau berkata, perubahan dalam kehidupan peneroka Felda yang kini menikmati kehidupan lebih baik berbanding dahulu hasil perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah selari dengan perjuangan Islam.
''Apakah yang kita (kerajaan) lakukan sekarang tidak Islam? Siapa kata perjuangan kita tak selari dengan tuntutan Islam?...
Ulasan: Bila sokongan orang Melayu semakin menipis terhadap UMNO maka seluruh dunia dilambakkan idea basi bahawa UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar. Ertinya helah menggunakan Islam sebagai jalan keluar dari masalah sekarang. Apakah perjuangan UMNO selari dengan tuntutan Islam? Jangan setakat melihat beberapa perkara kecil. Lihatlah asas penubuhannya dan kearah mana perjuangan UMNO selama ini? Apakah semakin menghampirkan orang Melayu dan rakyat dengan Islam? Apakah Islam merestui amalan rasuah dan penyelewengan harta negara melalui jalan yang tidak sah yang di lakukan oleh ramai orang politik UMNO selama ini. Selari mungkin dalam beberapa hal. Tetapi apakah destinasinya sama?
No comments:
Post a Comment