JASIN 6 Sept. - Empat keluarga miskin yang tinggal di taman perumahan Rumahku Syurgaku (Rksk) di Kampung Tun Abdul Razak di sini bertindak meninggalkan rumah mereka selepas tidak dibenarkan melanggan khidmat televisyen berbayar Astro oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Perkara itu didedahkan oleh isteri Ketua Menteri, Datin Seri Asmah Abd. Rahman yang kesal dengan sikap keluarga terbabit dan beliau juga mempertikaikan kelayakan keluarga berkenaan untuk menerima bantuan tersebut.
Menurutnya, keadaan tersebut menimbulkan rasa curiga dan persoalan mengenai kelayakan penduduk miskin yang dipilih oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk menetap di taman Rksk.
''Sewa rumah yang dikenakan amat murah iaitu RM50 sebulan malah segala kelengkapan perabot disediakan oleh MAIM dan Affin Bank, penduduk hanya membawa badan untuk berpindah ke rumah yang disediakan.
''Namun saya hairan bagaimana empat keluarga ini boleh meminta kebenaran untuk memasang Astro dan setelah dilarang, mereka membuat keputusan berpindah keluar dari Taman RKSK,'' katanya…
Ulasan: Malu kerana kita setakat menjadi pelanggan Astro menjadikan taukeynya terkaya di Malaysia…
No comments:
Post a Comment