BAITULMAQDIS 6 Sept. - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tidak lama lagi akan meluluskan pembinaan beratus-ratus rumah baru di wilayah Palestin di Tebing Barat, sekalipun Amerika Syarikat (AS) menuntut semua aktiviti pembinaan dibekukan.
"Perdana Menteri dalam beberapa hari lagi akan mengumumkan pembinaan beberapa ratus rumah tambahan dan bangunan awam," kata Menteri Pengangkutan, Yisrael Katz yang merupakan sekutu rapat Netanyahu, kepada radio awam hari ini.
Netanyahu merancang untuk meluluskan pembinaan 400 hingga 600 unit perumahan, lapor media Israel.
Kelmarin, seorang pegawai kanan berkata, Netanyahu akan meluluskan pembinaan kawasan penempatan Yahudi secara besar-besaran di wilayah Palestin itu sebelum menimbangkan pembekuan yang dituntut oleh AS.
Pengumuman itu mencetuskan kritikan meluas daripada masyarakat antarabangsa dan kemarahan daripada pihak Palestin yang menyifatkannya sebagai 'tidak boleh diterima sama sekali'.
Pentadbiran Presiden AS, Barack Obama sejak berbulan-bulan lalu, telah mendesak rejim Yahudi membekukan semua aktiviti pembinaan bagi membolehkan proses damai Asia Barat disambung semula.
Washington menyuarakan rasa kesal dengan pelan pembinaan yang hendak diluluskan oleh Netanyahu itu. – AFP
Ulasan: Apakah kita berunding dengan puak yang sombong yang tak menyempurnakan perjanjiannya selama ini? Semua Muslim sewajarnya mempersiapkan untuk berperang melawan negara haram Israel via doa dan zahir kerana hanya perang yang akan menghinanya dan menyebabkannya menghormati orang lain.
No comments:
Post a Comment