Wednesday, September 16, 2009

MENTERI RAI PEMIMPIN PELAJAR IPTA

MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed meluangkan masa bermesra dan berbuka puasa dengan lebih 180 pemimpin pelajar di kediamannya di Bukit Tunku di ibu negara semalam.

Mereka merupakan pemimpin pelajar dari Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tidak ketinggalan diraikan ialah pemimpin pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Di samping beramah-mesra, Mustapa turut menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah dengan para hadirin.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UKM, Profesor Datuk Dr. Mohamed Razak.

Terdahulu, Mustapa dalam ucapannya berkata, majlis itu diadakan bagi merapatkan jurang antara kerajaan dengan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

‘‘Pemimpin pelajar mempunyai pengaruh di negara ini. Kerajaan menghargai peranan mereka dalam menerajui kepimpinan di universiti dan berharap mereka dapat membantu kerajaan membangunkan negara,” ujarnya…

Ulasan: Pemimpin pelajar boleh rapat dengan kerajaan tapi jangan sampai melupakan idealisme perjuangan pelajar. Menteri Pelajaran Tinggi mungkin sibuk…

No comments: