Wednesday, September 16, 2009

Harapan melihat Umno terkubur sejak tahun 60an- Nik Aziz

KOTA BHARU, Harakah.net,14 Sept: Harapan sejak tahun 60an lagi untuk melihat Umno terkubur semakin menjadi realiti. 

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti yang bersikap perkauman seperti Umno tidak mustahil untuk mati kerana tiada satu jaminan pun oleh sesiapa sahaja bahawa perjuangan perkauman akan kekal sepanjang zaman. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Presiden Umno,Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa Umno akan terkubur sekiranya permasalahan yang melanda tidak dapat diselesaikan segera. 

"Umno mesti mati kerana hidup mereka hanyalah dibuat-buat. Mereka tolak Islam, guna sekular, kalau lawan sama-sama sekular boleh lah tahannya, tetapi kalau parti mana sekalipun yang lawan Islam, ia tak akan bertahan lama." 

"Islam milik Allah sedangkan perjuangan bangsa Melayu bukannya boleh dibawa ke akhirat, hanya Islam akan sampai ke sana"ujar beliau. 

Katanya, hanya PAS parti yang mengambil Al-Quran dan Sunnah sebagai asas perjuangannya, dan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bahawa Umno juga memperjuangankan Islam bukan sesuatu yang luar biasa. 

Kenyataan sedemikian juga katanya boleh digunakan parti lain dalam komponen BN, namun realitinya Umno memperjuangkan Melayu, MCA Cina dan MIC memperjuangkan kaum India. 

Tetapi PAS katanya, memperjuangkan Islam yang melampaui batas perkauman sempit tersebut….

Ulasan: Sama-samalah kita doakan supaya UMNO cepat terkubur kerana kewujudannya  
hanya menjadi masalah di kalangan rakyat kini.

No comments: