Thursday, September 10, 2009

UMNO Sah Hilang Kelayakan sebagai Pembela Melayu Islam..

Tajuk asal: UMNO Hilang Kelayakan sebagai Pembela Melayu Islam..
Oleh: notan

Assalamualaikum

Selawat dan Salam ke atas Junjungan.

UMNO yang ditubuhkan pada 1946 dan diperbaharui oleh Tun Mahadir pada 1988 ketika pertembungan dengan Ku Li, antara lain mendakwa sebagai pertubuhan yang menjaga kepentingan melayu Islam. Selepas lebih 52 tahun UMNO tampil sebagai pembela Melayu Islam, hari ini UMNO sedang ditunjukkan 'exit door' oleh melayu Islam.Melayu Islam sudah bosan dengan UMNO, melayu Islam sudah loya dengan UMNO, melayu Islam jauh lebih baik tanpa UMNO dan melayu Islam sudah tidak menerima UMNO sebagai pembela mereka. Itulah hakikat kejadian yang boleh ditafsirkan dewasa ini.

Sekalipun UMNO terus menerus memainkan persoalan perpaduan melayu dan ketuanan melayu tetapi melayu Islam secara majoritinya sudah tidak mahu mendengar lagi apa jua yang diseru oleh UMNO. Melayu Islam mempunyai sebab yang kukuh untuk menolak UMNO dan melayu Islam tetap yakin bahawa punca segala bala/musibah ALLAH yang sedang menimpa adalah kerana menyokong UMNO yang menjadi bapa segala kemungkaran di negara kita.

Melayu Islam kini sudah semakin ramai insaf dan sedar bahawa UMNO tidak lagi boleh disokong, tidak lagi layak menjadi pembela melayu Islam. Kejadian kejadian yang muktakhir anjuran UMNO jelas membuktikannya. Siri demostrasi yang dianjurkan UMNO di beberapa negeri seperti Teranggganu, Perak, Penang dan Selangor jelas menampakkan mereka tidak lagi layak memainkan peranan sebagai penjaga dan pembela melayu Islam. Kebiadapan yang ditunjukkan oleh ahli ahli UMNO sepanjang demostrasi telah memberitahu melayu Islam bahawa UMNO bukan lagi sesuai dan layak menjadi pembela mereka.

Kini UMNO semakin ditolak oleh melayu Islam. Penolakan ini bukan bermakna melayu Islam tidak bersatu tetapi kerana UMNO tidak lagi boleh diharapkan sebagai pembela.Melayu Islam sedar bahawa seandainya UMNO terus dinobatkan sebagai pahlawan yang membela mereka, risikonya, melayu Islam akan pupus satu hari nanti. UMNO merosakkan ramai melayu Islam, UMNO menjadikan ramai melayu Islam tidak bermaruah dan tiada harga diri, UMNO menjadikan ramai melayu Islam hialng jati diri sebagai seorang melayu Islam, UMNO melahirkan ramai melayu yang berlagak seperti western yang gemar menari dan berkaraoke. UMNO melahirkan ramai melayu Islam yang rakus dan pelahap apabila berdepan dengan wang ringgit sehingga tidak mampu lagi membeza antara hak mereka dengan hak orang lain. RM8.3 juta yang digunakan oleh Mat Said untuk membeli kurma yang tidak sampai kepada rakyat merupakan satu contoh bagaimana melayu Islam yang ditarbiyahkan oleh UMNO menguruskan wang rakyat.

UMNO melahirkan ramai mat rempit menerusi puteranya yang pernah berenang merentasi Selat Melaka, melahirkan ramai puteri puteri berambut merah, biru dan beraneka warna melalui puterinya dan melahirkan ramai nenek nenek berbonggol di depan dan di belakang melalui wanitanya. Kesemua ciri ciri yang terlahir oleh sistem tarbiyah UMNO ini menyebabkan ramai melayu Islam mula meninggalkan adat dan budaya melayu dan sebaliknya mengamalkan budaya barat dalam kehidupan harian mereka. Kerana itu UMNO juga hilang kelayakan sebagai pembela melayu Islam. 

UMNO juga melahirkan sekelompok melayu Islam yang biadap dan melupai adat adat melayu ketika dalam majlis. Kerana itu ketika majlis dailog yang baru di adakan di Shah Alam, kita dapat menyaksikan sekumpulan melayu Islam yang sudah lupa mereka sedang berpuasa Ramadan dan berperangai macam oran utan. Inilah produk UMNO yang banyak dilihat juga dalam kes "natang" Derih Jusoh serta demostrasi di Penang dan Perak tak lama dulu. Inilah juga produk UMNO yang membuktikan mereka sudah tidak lagi hidup sebagai orang melayu Islam dan dengan itu, UMNO sudah tidak layak menjadi pembela melayu Islam.

UMNO juga melahirkan sekumpulan cerdik bodoh melayu Islam yang licik dalam memutar belit fakta, bijak menyebarkan cerita dan berita palsu serta pandai bercerita seperti tok selampit di zaman penglipurlara dulu. Golongan ini adalah golongan yang sudah tidak lagi mematuhi adat kesopanan melayu dan panduan hidup agama. Pada mereka berbohong hanya mainan biasa yang tidak ada kesan dalam kehidupan dan kematian. Mereka bukan lagi melayu Islam dari sudut perlakuannya. Tidak ada batas agama dalam tindakan mereka, tidak ada adat kesopanan melayu dalam urusan mereka, yang ada hanyalah pembohongan yang diolah seperti betul. 

Kerana UMNO sudah hilang kelayakan sebagai pembela melayu Islam maka tidak ada ruang lagi untuk berunding dengan mereka sekalipun atas seruan perpaduan. Malah perpaduan sudah tidak boleh lagi dipupuk dengan ahli UMNO. Pilihan yang ada pada ahli ahli UMNO ialah samaada meninggalkan UMNO atau menjadi si luncai moden yang terjun bersama sama BMWnya.
http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=2573

Ulasan: Parti politik datang dan pergi. Bila perjuangannya sudah tidak relevan, parti tersebut akan menjadi kenangan. Eloklah pergi daripada merosakkan rakyat yang tidak berdosa. Rakyat tiada masalah untuk melepaskan parti BN/UMNO pergi dari politik Malaysia kerana usianya telah melebihi tempuh laku.

No comments: