PUTRAJAYA 3 Sept. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pakatan pembangkang berhenti daripada melakukan perbuatan mencabar keputusan mahkamah.
Ini kerana, menurut Muhyiddin, mahkamah telah memutuskan kerajaan negeri Perak sekarang ini adalah di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
Katanya, perhimpunan ADUN pakatan pembangkang di sebuah hotel semalam juga tidak sepatutnya berlaku.
“Mahkamah sudah putuskan bahawa kerajaan negeri Perak sekarang adalah sah dan atas dasar itu mereka (pembangkang) patut tahu tindakan tersebut sia-sia.
“Mungkin tindakan mereka mahu mencabar mahkamah dan tidak menghormati keputusan yang dibuat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Kabinet mengenai pelancongan di sini hari ini.
Muhyiddin mengulas tindakan 24 ADUN pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan di sebuah hotel di Ipoh selepas gagal memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Ipoh semalam.
Antara ADUN berkenaan ialah bekas Menteri Besar Perak yang juga ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan bekas Speaker DUN Perak serta ADUN Tronoh, V. Sivakumar...
Ulasan: Krisis kepemimpinan di Perak berlaku bila BN merampas kuasa secara tidak sah. Tapi apakah masih ada hakim yang ikhlas memberikan hukuman?
Disertakan jua komen dari pembaca mengenaiKemelut politik dalam Kerajaan Negeri Perak seperti di bawah:
Kemelut politik dalam Kerajaan Negeri Perak sebenarnya memperkenalkan siapa Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat Malaysia.
Ini semua terjadi kerana Datuk Seri Najib mewakili kerajaan Barisan Nasional tidak boleh bersabar untuk menunggu masa yang sesuai bagi menakluk semula negeri Perak.
Untuk menutup kejahatannya maka Peguam Negara, Polis, SPRM, SPR dan SUK telah bersatu dan bersubahat memperlecehkan undang-undang yang diguna pakai sebagai rujukan.
Mungkin dalam masa yang terdekat ini mereka akan gunakan juga angkatan tentera bagi mengukuhkan kuasa mereka…? Kalau itu yang berlaku… amat malang rakyat dan negara Malaysia.
Sebenarnya bukan semua anggota polis menyokong tindakan Kerajaan Barisan Nasional menzalimi rakyat khususnya ADUN Pakatan Negeri Perak, tapi mereka adalah manusia yang diperalatkan sebagai robot yang menurut perintah.
Oleh kerana itu kita akan lihat polis yang bertugas berlagak seperti samseng yang tidak ada anak dan isteri dirumah. Sedangkan anak dan isteri mereka juga hidup merempat yang tidak mampu menyara hidup dengan harga minyak yang naik, harga tol yang membebankan, dan berbagai tekanan yang dikenakan oleh Kerajaan Barisan Nasional seperti mana yang dirasai oleh rakyat Malaysia….
Negeri Perak yang kita cintai ini adalah negeri tempat kita sebagai rakyat Malaysia mempelajari perlembagaan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri. Semua undang-undang yang dikatakan telah digubal untuk menegakkan keadilan tetapi diputar belitkan menjadi undang-undang berat sebelah.
Pemimpin Pakatan Rakyat perlu menghayati pencabulan undang-undang ini sebagai pekara yang perlu dijadikan sebagai sempadan dan panduan bagi negeri lain yang masih dikuasai.
Kita telah melihat dengan jelas bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah menggunakan kekerasan kuku besinya bagi melemahkan semangat perjuangan Parti Pakatan Rakyat.
Setiap kekerasan dilawan dengan kekerasan hasilnya akan menghasilkan peperangan yang tiada penghujungnya. Tetapi jika kekerasan itu dilawan dengan akal yang berilmu, kita percaya bahawa Allah akan bersama rakyat Malaysia menghakis segala kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan Barisan Nasional. Insyaallah.
Komen menarik seorang pembaca bernama Umar dari http://kerajaanrakyat.com/?p=7901#comment-27946 mengenai artikel ADUN Pakatan Rakyat Perak ditangkap.
No comments:
Post a Comment