Buat penilaian yang adil terhadap polis - Sultan Perak
PARIT 1 Jun - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan masyarakat supaya membuat penilaian secara adil terhadap peranan dan sumbangan pasukan polis di negara ini.
Baginda bertitah, perkhidmatan polis akan menjadi lebih berkesan jika masyarakat memberi dorongan, memperlihatkan simpati serta bersikap adil dan seimbang terhadap pasukan itu.
''Dalam memenuhi tanggungjawab yang begitu berat serta dengan bilangan anggota yang begitu ramai, sudah tentu ada sebilangan kecil anggota melakukan perkara yang mencalarkan nama baik pasukan, namun, masyarakat hendaklah bersikap adil dalam membuat penilaian.
''Jangan sampai mencurahkan susu sebelanga kerana nila setitik. Dalam menyiarkan cerita buruk, jangan sama sekali dinafikan cerita baik," titah baginda semasa merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di Seri Iskandar dekat sini hari ini…
Ulasan: Tak payah tunggu sehingga kena tembakan polis tanpa ikut SOP.
No comments:
Post a Comment