PUTRAJAYA 27 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesepakatan yang ditunjukkan dalam sukan boleh diterapkan bagi membentuk masyarakat yang bersatu padu dan bersungguh-sungguh berusaha bagi mencapai matlamat pembangunan negara.
Perdana Menteri mengambil contoh bagaimana peserta dalam sukan mendayung perlu bergerak senada dalam satu kumpulan untuk muncul sebagai pemenang dalam pertandingan.
"Kita lihat sukan mendayung, ia membawa pengertian dan hikmah tersendiri. Mendayung dalam satu kumpulan kelihatan mudah tetapi anak kuncinya ialah tenaga, kecergasan dan lebih penting kita boleh nampak mereka mendayung serentak, senada dan mengikut masanya.
"Kalau kita bertindak senada dalam satu kumpulan maka kita boleh mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) atau Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kita akan mudah tercapai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutup Kejohanan Mendayung dan Hari Keluarga Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2010 di Kompleks Sukan Air Putrajaya, Presint 6 di sini hari ini…
Ulasan: Rakyat sukakan sukan tapi kerajaan SUKA kepada judi sukan. Bersama-sama kita pilih kerajaan baru yang menghormati agama rakyat.
No comments:
Post a Comment