Wednesday, June 02, 2010

Negara Teluk, ASEAN kutuk kekejaman Zionis

SINGAPURA 1 Jun - Menteri-Menteri Luar negara Teluk dan Asia Tenggara mengutuk sekeras-kerasnya dan menyuarakan rasa kesal terhadap tindakan komando Israel menyerang flotila yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

"Kami menyesali apa yang berlaku dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis itu yang melanggar undang-undang antarabangsa," kata Menteri-menteri Luar negara Teluk dan ASEAN dalam satu kenyataan bersama, hari ini.

Menteri-Menteri Luar negara Teluk dan ASEAN itu berada di Singapura untuk menghadiri Mesyuarat Menteri ASEAN-GCC Kedua selama dua hari yang biasanya memfokuskan tentang isu perdagangan.

Antara negara teluk yang menyertai mesyuarat itu ialah Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang merupakan anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC)….

Ulasan: Kutuk bukan sekadar kata-kata. Rakyat mahu melihat tindakan konkrit.

No comments: