Monday, June 07, 2010

Tinggalkan BN untuk selamat anak cucu, cicit

Harakahdaily 

KOTA BHARU, 4 Jun: “Saya mengingatkan seluruh rakyat di negara ini bahawa untuk membela nasib sendiri serta nasib anak cucu cicit kita, mestilah tinggalkan BN, ini pandangan saya,” ujar Naib Presiden Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP), S. Surianarayanan.

Beliau berkata, untuk menyelamatkan negara dari pemerintahan yang ada sekarang, kerajaan itu mesti ditukarkan kepada kerajaan yang baru.

“Kalau kita tidak tukarkan kepada satu kerajaan yang baru, Kerajaan Malaysia akan hancur, ini berdasarkan kajian kami.

“Contohnya, Kerajaan Malaysia sudah begitu banyak hutang, hinggakan ekonomi kita tidak boleh dipulihkan sampai bila-bila masa pun.

“Negara kita sekarang sudah berada dalam keadaan muflis, justeru apabila kerajaan itu sudah nak ‘kiamat’, kita hendaklah selamatkan. Kita kena tukarkan kepada satu kerajaan yang baru,” kata Suria.

Beliau bercakap kepada media pada Seminar Hubungan Muslim – Non Muslim Dalam Konteks Malaysia – Ulasan Buku Prof Dr Yusof Al-Qardawi: ‘Kedudukan Non Muslim Dalam Masyarakat Islam’ di sebuah hotel di sini semalam….

No comments: