Monday, June 28, 2010

PM bawa negara ke arah cemerlang?

KUALA LUMPUR 27 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru semua rakyat Malaysia bersama-sama beliau untuk mencapai sesuatu yang luar biasa dalam menjadikan dan membawa negara ke arah yang lebih baik.

Perdana Menteri berkata beliau mahukan semua rakyat Malaysia merasakan sebagai satu keluarga 1Malaysia dengan memberikan sokongan mereka untuk negara mencapai hasrat yang lebih tinggi.

"Saya memegang kepimpinan untuk menunjukkan bahawa saya serius, komited dan dedikasi. Saya boleh beri jaminan kepada anda, sebagai Perdana Menteri anda, saya akan lakukan yang terbaik untuk mengubah Malaysia.

"Tentulah perjalanan ini, saya tidak boleh lakukan seorang diri, saya perlukan rakan saya dalam kerajaan, semua kita dalam sektor awam dan swasta. Saya perlukan setiap rakyat Malaysia, di mana anda berada bersama saya untuk mencapai sesuatu yang luar biasa. Ini semua mengenai hasil pencapaian," katanya dalam blognya www.1malaysia.com.my terkini di sini hari ini…

Ulasan: Rakyat ternanti-nanti bila pula PM nak bersihkan nama baiknya? Eloklah melalui mahkamah tempatan walaupun tidak mahkamah luar negara.

No comments: