Wednesday, June 02, 2010

Jangan jadi Melayu Pulau Pinang

PULAU PINANG 1 Jun - Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) mahu perkara yang berlaku kepada orang Melayu di negeri ini dijadikan iktibar dalam membangunkan Kampung Baru, Kuala Lumpur. 

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff yang kesal dengan cadangan pemberian kuota 40 peratus hartanah kawasan itu kepada bukan Melayu menasihatkan pihak terlibat agar tidak menjadi pengkhianat kepada bangsa sendiri dengan berbuat demikian.

Pada masa sama, Mohd. Yussof turut mempersoalkan mengapa segelintir pihak terlalu liberal dan ghairah sehingga sanggup mencadangkan perkara seumpama itu yang jelas mampu menyumbang kepada kerugian orang Melayu sendiri.

''Banyak benda yang berlaku di negeri ini boleh diambil iktibar pihak berkenaan, lihat sahaja bagaimana orang Melayu di sini terus terpinggir dalam pelbagai perkara seperti dalam bidang ekonomi dan juga sosial.

''Tanah itu satu anugerah, maka pelihara ia dengan sebaiknya, janganlah sebab hendak mencari untung lebih, harta yang ada itu digadaikan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Tegasnya, beliau bukan mahu campur tangan tetapi berasa terpanggil untuk berkongsi dilema yang dihadapi orang Melayu di Pulau Pinang supaya orang Melayu di tempat lain tidak mengulangi kesilapan sama.

Justeru, beliau menyeru pihak terlibat supaya terus mempertahankan tanah di kampung itu yang sememangnya hak orang Melayu sekali gus kaum lain tidak dibenar memiliki hartanah di kawasan tersebut walaupun satu peratus.

Sebagai contoh, katanya, pada 1960-an sebuah syarikat Koperasi Tunas Muda ditubuhkan di sini dalam usaha mendapatkan semula tanah lebih 405 hektar meliputi Gelugor hingga ke Sungai Ara yang telah dijual kepada Brown Estate…

Ulasan: Bila diri jauh dari agama, macam2 boleh terjadi.

No comments: