Friday, June 25, 2010

Judi bola: GPMS bantah cadangan kerajaan

KUALA LUMPUR 24 Jun - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) membantah cadangan kerajaan untuk mengeluarkan lesen judi pertaruhan sukan di negara ini.

Presiden GPMS, Jais Abd. Karim berkata, pengeluaran lesen judi tersebut hanya akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada rakyat.

"Judi merupakan gejala tidak baik dalam mana-mana masyarakat termasuk dalam masyarakat bukan Islam sendiri. 

"Sekiranya lesen judi diberikan ia pasti akan menimbulkan pelbagai kesan negatif seperti masalah sosial dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini…

Ulasan: Apakah PM masih tidak sedar bahawa rakyat membenci judi?

Untuk menyedarkan PM bahawa rakyat membenci judi, sila lapangkan masa ke

Himpunan Membantah Lesen Judi Bola

Tarikh: 03hb Julai 2010
Masa: 9.00 pagi - 6.00 ptg
Lokasi: Perkarangan Masjid Negara dan kemudian berarak ke Istana Neger

Keterangan
Himpunan Besaran - besaran pada 3 Julai 2010 akan diadakan di perkarangan Masjid Negara dan kemudian berarak ke Istana negera mengiringi pimpinan Pemuda Pakatan rakyat untuk menyerahkan memorandum bantah Lesen Judi serta merayu campur tangan Raja-Raja Melayu untuk mendesak agar Kerajaan memansuhkan Lesen Judi Bola atau sukan tersebut .

No comments: