Wednesday, June 23, 2010

Judi Sukan: Najib Cuba Bermain Silap Mata

Dalam Najib Tun Razak menafikan telah memberi lesen judi sukan, rupanya Ascott Sport and Berjaya Group telah meneruskan usaha mereka untuk memasarkan Judi Sukan di Malaysia.

Kronologi adalah seperti berikut:

7 Jun 2010 : Najib menafikan pemberian lesen Judi Sukan pada Berjaya Group di Parlimen

11 Jun 2010 : Berjaya Group mengeluarkan “Medium Note” bagi tujuan meraih dana yang berjumlah RM800 juta bagi tujuan pembiyaan operasi Judi Sukan seluruh Malaysia di 220 cawangan Sports Toto

12 June 2010
: Ascott Sport mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah mendapat kebenaran dari Kementrian Kewangan untuk mengoperasikan Judi Sukan seluruh negara

15 June 2010 : Najib sekali lagi menafikan lesen judi sukan telah dikeluarkan dan meminta
supaya jangan ditanya lagi akan soalan ini.

Ertinya, Najib sedang cuba bermain silap mata. Mana mungkin Berjaya Group boleh mengeluarkan sebuah dokumen 200 mukasurat meminta wang dari pelabur-pelabur sebanyak RM800 juta kalau mereka tidak mempunyai kebenaran bertulis dari MoF?

Juga, dokumen 20 muka surat bagi tujuan (“Medium Note”) itu, BERJAYA kerap mengulangi hakikat bahawa Ascot Sport telah pun diberi kebenaran oleh Kerajaan Malaysia (baca: UMNO) untuk menjalankan Judi Sukan itu.

Penasihat kepada Berjaya Group di dalam pengeluaran “Medium Note” ini adalah Maybank. Manakala, pentadbir kepada operasi “Medium Note” ini adalah AmInvestment Bank dan Maybank Investment Bank. Mustahil Maybank, AmInvesment Bank serta Maybank Invesment boleh membenarkan perkara ini berlaku sekiranya benar-benar tiada kebenaran dari Kerajaan. Mustahil sama sekali.

Dokumen ini diedar kepada para pelabur 4 hari selepas Najib memberitahu Parlimen kononnya tiada lesen yang telah dikeluarkan kepada Berjaya Group.

Ertinya Najib cuba bermain silap mata. Tidak mungkin Berjaya Group, di atas nasihat Maybank serta kelolaan Aminvestment Bank dan Maybank Invesment Bank, boleh berani membuka peluang melabur sebanyak RM800 juta KALAU KERAJAAN UMNO TIDAK MEMBERI KELULUSAN. Ianya MUSTAHIL.

Apa yang mungkin berlaku adalah UMNO telah mengeluarkan surat kebenaran, namun hanya dokumen “lesen” itu sahaja yang belum dikeluarkan. Tetapi dengan surat kebenaran itu, UMNO tiada pilihan melainkan mengeluarkan lesen tersebut apabila Berjaya sudah bersedia untuk menjalankan Judi Sukan tersebut.

HIDUP UMNO!!, HIDUP APCO!!, HIDUP JUDI!!.

Tulang Besi

Ulasan: Negara kita akan jadi lebih baik bila rakyat mengundi parti selain BN dalam semua pilihan raya akan datang. Selamat memilih parti yang prihatin dengan masalah rakyat bukan yang amalkan rasuah.

No comments: