Thursday, June 03, 2010

Mampu gerunkan penjenayah?

PETALING JAYA 2 Jun - Kerajaan yakin kewujudan lebih ramai anggota dan pegawai polis beruniform di tempat-tempat awam melalui penempatan semula di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), mampu menggerunkan penjenayah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, melalui pendekatan itu, ia juga diyakini dapat memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa keselamatan mereka adalah terjamin.

Beliau berkata, ia terbukti apabila kadar jenayah jalanan pada masa kini telah berjaya diturunkan sebanyak 39.6 peratus.

Tambahnya, indeks jenayah keseluruhan pula turun 15.1 peratus bagi tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Penempatan semula anggota dan pegawai polis yang merupakan salah satu inisiatif NKRA, telah membolehkan rakyat merasa selamat dan yakin.

"Kewujudan lebih ramai polis beruniform di tempat awam dilihat penampilan menggerunkan," katanya selepas membuat lawatan di Balai Polis Seapark dan beberapa kedai di kawasan SS2, di sini hari ini...

Ulasan:Banyak masalah bermula bilakakitangan kerajaan maka rasuah. Penjenayah atau warga negara yang gerun?


No comments: