Monday, June 07, 2010

PM perlu bawa rejim Israel ke ICC

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Perdana Menteri Turki membawa Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), bukan sekadar menyatakan sokongan kepada Turki semata-mata.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menyatakan demikian semasa membahaskan usul mengecam rejim zionis Israel yang dibentangkan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Usul itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya mengusulkan kepada Perdana Menteri supaya berkerjasama dan tidak hanya menyerah kepada Turki. Malaysia bersama-sama mengambil tindakan di bawah statut Rom menyatakan usul bersama Turki menghadapkan Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabagsa," ujar Anwar.

Beliau juga menggesa Malaysia mengiktiraf Hamas sebagai pemerintah sah Palestin dan bukan tunduk kepada Amerika dan Israel.

Katanya, biarpun Malaysia lambat mengemukakan usul mengutuk serangan itu, namun secara keseluruhan ianya memenuhi hasrat rakyat.

"Misi keamanan ini kalau diberi laluan bukan penyelesaian, ini hanya salah satu penyelesaian yang dibangkitkan.

"Penyelesaian Gaza bukan penyelesaian keseluruhan dan mutlak kepada permasalahan Palestin menyangkut kedudukan Tebing Barat dan wilayah dirampas.

Selepas beliau, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pula mengambil bahagian dalam perbahasan itu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Marang itu akan menyambung ucapan selepas Dewan Rakyat berhenti rehat pada jam 1.00 tengah hari tadi.

Ulasan: Merdekakah kerajaan  kita? 

No comments: