ARAU 17 Nov. - Bapa Mohamad Tawfiq Noorzan, pemuda yang ditembak mati oleh polis di Guar Sanji di sini Sabtu lepas, mempertikaikan kenyataan polis yang mendakwa anaknya itu pulang ke rumah dari Alor Setar ke Arau dengan menaiki kereta.
Noorzan Abdul Rahim, 47, berkata, sekiranya menaiki kereta, tidak mungkin Mohamad Tawfiq, 22, kelihatan pucat ketika kejadian akibat terlalu letih dan pulang ke rumah dalam keadaan mengamuk.
"Sebelum Mohamad Tawfiq ditembak, mereka (polis) beritahu, dia balik dari Alor Setar dengan berjalan kaki selepas ditinggalkan oleh rakan-rakannya.
"Hari ini, dalam surat khabar, Pemangku Ketua Polis Perlis, Datuk Jamshah Mustapa kata anak saya balik naik kereta dengan dua teman wanita. Saya dapati cerita polis dalam akhbar asyik berbohong," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau turut menyifatkan polis sengaja mereka-reka cerita dengan menggambarkan kononnya anaknya itu terlalu ganas dan berbahaya sehingga memaksa mereka menembaknya...
Ulasan: Negara ini ada undang-undangnya dan rakyat masih menghormati keputusan hakim. Biarlah hakim menghakiminya. Tapi bila polis siasat polis?
No comments:
Post a Comment