KAMPAR 2 Nov. - Tiga pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang mati lemas ketika mandi manda di Air Terjun Batu Berangkai di sini semalam, mungkin selamat jika mereka mendengar nasihat seorang wanita tua yang sedang berjoging di kawasan tersebut.
Seorang penduduk di Kampung Batu Berangkai, Pandak Uda, 40, berkata, wanita tua itu menjerit beberapa kali menyuruh kumpulan pelajar berkenaan naik ke atas tebing sebaik sahaja hujan.
''Saya dengar seorang nyonya yang berjoging di situ menjerit menyuruh mereka keluar dari kawasan air tetapi mereka tidak mahu mendengarnya.
''Mungkin mereka ingat nyonya itu bergurau tetapi apa boleh buat, mereka semua sudah lemas," katanya ketika ditemui di kawasan Air Terjun Batu Berangkai di sini hari ini.
Dalam kejadian petang semalam, tiga pelajar UTAR mati lemas dibawa arus sungai selepas air deras datang secara tiba-tiba dari atas bukit ketika mereka sedang mandi di Air Terjun Batu Berangkai…
Ulasan: Tidak rugi kita mendengar dan mengikut nasihat orang lain yang mungkin lebih tahu daripada kita.
No comments:
Post a Comment