Wednesday, November 04, 2009

Siasat runtuhan di Bukit Kanching

RAWANG 3 Nov. - Kerajaan mengarahkan siasatan segera dijalankan berhubung kejadian cerun runtuh di Bukit Kanching, Kilometer 17 di Jalan Selayang di sini awal pagi ini yang menyebabkan lebih 80,000 pengguna lalu lintas terkandas apabila laluan ditutup.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, selain membuat kajian terperinci berhubung punca kejadian, satu laporan lengkap oleh pihak berwajib termasuk kementeriannya dan Majlis Bandaraya Selayang perlu dibentangkan.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memberitahu, JKR, Majlis Perbandaran Selayang dan Gombak serta Ikram Structure Assessment Sdn. Bhd. akan membentangkan laporan berhubung punca kejadian itu dalam mesyuarat Khamis ini.

''Siasatan awal mendapati tanah projek perumahan yang berdekatan cerun runtuh itu milik PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) dan sebuah projek perumahan syarikat Wirama yang masih dalam pembinaan.

''Kita akan minta penjelasan daripada kedua-dua syarikat terbabit,'' katanya yang turut meninjau lokasi kejadian pada pukul 2 petang ini…

Ulasan: Apa tindakan selepas siasatan? Setakat menyiasat tapi kemudian tidak ada tindakan selepasanya hanyalah menghabiskan duit rakyat sahaja. Yang rakyat hendak lihat ialah hukuman setimpal dikenakan keatas pihak yang bertanggungjawab.

No comments: