Friday, November 20, 2009

UMNO Kedah nafi berpuak-puak?

ALOR SETAR 19 Nov. - UMNO Kedah hari ini menolak andaian bahawa wujud kumpulan atau puak tertentu dalam parti berkenaan sehingga menyebabkan parti itu di negeri itu berpecah belah. 

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, semua pemimpin serta ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya di peringkat bahagian termasuk pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri sentiasa memberi sokongan kepada pucuk pimpinan parti termasuk Pengerusi badan itu, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

"Kalau ada cakap-cakap mengenai wujudnya puak-puak dalam UMNO Kedah, itu semua tidak benar kerana ia cuma persepsi orang yang mungkin tidak berada di dalam parti," kata beliau kepada pemberita di luar pekarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan dalam kolum Cuit kelolaan Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Zaini Hassan semalam bertajuk 'Tun Dr. Mahathir perlu terajui UMNO Kedah?' yang antara lain menyentuh tentang 'warlords' yang terdapat dalam UMNO negeri.

Selain itu, kolum berkenaan turut menyentuh tentang orang yang mewujudkan kem-kem dalam UMNO Kedah nampaknya tidak mahu melihat Kedah diambil balik oleh BN, jika tidak sudah tentu hanya ada satu kem iaitu kem Shafie…

Ulasan: Pelik kalau orang yang berjuang untuk mendapatkan kemegahan dunia tidak ada puak masing-masing. Mereka selalunya mempunyai agenda peribadi dan agenda puak. Perjuangan parti atau agenda parti hanya menjadi penyampai kepada agenda peribadi dan agenda puak.

No comments: