Thursday, November 05, 2009

Polis vs KPK: 2 pegawai antirasuah dibebas

JAKARTA 4 Nov. - Polis hari ini membebaskan dua pegawai badan pencegah rasuah Indonesia atau dikenali sebagai Komisi Pembanterasan Rasuah (KPK) mengakhiri drama pertembungan dua badan penguat kuasa itu.

Dua pegawai KPK itu, Bibit Samad Rianto dan Chandra M. Hamzah dibebaskan pada pukul 12.10 tengah malam kemuncak kepada pertembungan polis dengan KPK sehingga menimbul kemarahan banyak pihak yang menuduh polis cuba melumpuhkan KPK.

Bibit dan Chandra dibebaskan selepas rakaman perbualan seorang ahli perniagaan, Anggodo Widjojo dengan beberapa orang yang disyaki sengaja dibuat bagi menganiaya kedua pegawai KPK, diperdengarkan di Mahkamah Konstitusi, semalam.

Di dalam rakaman selama hampir empat jam yang dibuat oleh KPK di mahkamah yang turut disiarkan secara langsung oleh televisyen tempatan itu disebut bahawa Chandra akan dibunuh jika Anggodo dimasukkan ke dalam lokap.

Kedua-dua pegawai KPK itu ditangkap pada 29 September lalu kerana dikatakan menerima suapan daripada Anggodo, seorang ahli perniagaan bagi membebaskan abangnya, Anggoro Widjojo

Anggoro yang disiasat kerana kes rasuah kini melarikan diri dan dilaporkan berada di Singapura sejak Julai 2008…

Ulasan: Biar putih tulang, jangan putih mata. Biasanya manusia yang baik akan diganggu oleh manusia jahat supaya hanya mereka sahaja yang hidup bebas melaksanakan kejahatannya…

No comments: