SIPITANG 22 Nov. - Masalah 'buta al-Quran' di kalangan generasi muda pada masa ini harus dipandang serius seterusnya diatasi segera bagi mewujudkan umat Islam yang cemerlang dan disegani.
Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad berkata, langkah itu penting kerana al-Quran merupakan panduan utama dalam mencapai kejayaan dunia dan akhirat.
"Untuk mendapatkan panduan itu kita bukan sekadar perlu tahu membaca al-Quran tetapi juga memahami dan menghayati apa yang terkandung dalam kitab suci itu.
"Tetapi amat mendukacitakan kerana pada masa ini ramai generasi muda Islam tidak tahu membaca al-Quran," katanya ketika berucap pada majlis berkhatan dan khatam al-Quran Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) daerah Sipitang di sini hari ini…
Ulasan: Buta al-Quran di kalangan generasi muda bermula bila orang tua sibuk mencari rezeki serta pemimpin politik sibuk mengumpulkan harta melalui jalan yang tidak sah. Cinta dunia di kalangan orang dewasa telah menyebabkan generasi muda hancur. Semua perlu balik semula menghayati Islam dengan melaksanakan kehendak-kehendak al-Quran.
1 comment:
Kenapa ramai dari generasi muda yang buta Quran adalah kerana mereka tidak melihat adanya perbezaan dari seseorang yang celik Quran dgn yang buta Quran. Ramai dari pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh tetapi telah seolah-olah mempermainkan quran itu sendiri. Perangai mereka serta keluarga mereka yang telah gagal untuk menceminkan kemuliaan Quran serta ugama Islam. Rami yang rasuah, menyalahguna kuasa, menddah aurat, meminum arak, riak dll.
Post a Comment