Lebih menyayat hati, bayi malang itu, Siti Fairuz Abdullah meninggal dunia di Balai Polis Sungai Rambai ketika dibawa ibu bapanya kira-kira pukul 6.40 petang.
Siti Fairuz meninggal dunia di pangkuan ibunya, Nurul Ain Shah Mohd. Shah, 19, setelah usaha untuk mendapatkan rawatan di klinik berkenaan gagal apabila pembantu perubatan yang ketika itu berada di kuarters klinik tersebut enggan keluar.
Menurut Nurul Ain Shah, dia bersama suaminya, Muhamad Suhaimi Rahim, 16, bergegas ke klinik terbabit setelah bayinya itu menghidap sawan kira-kira pukul 5.30 petang.
"Setibanya di klinik, kami dapati ia ditutup kerana hari Sabtu. Selepas itu, kami bergegas ke kuarters pembantu perubatan yang terletak berhampiran klinik untuk meminta bantuan.
"Malangnya pembantu perubatan itu enggan keluar walaupun anak dan isterinya tahu kami berada di luar rumah.
"Setelah menunggu hampir setengah jam, kami mengambil keputusan membawa anak yang ketika itu dalam keadaan kritikal ke Balai Polis Sungai Rambai untuk meminta bantuan," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Melaka di sini hari ini...
Ulasan: Bantulah orang lain yang berhajatkan bantuan kita supaya kita tidak menyesal selamanya.
No comments:
Post a Comment