Thursday, November 19, 2009

YTL guna TM lancar khidmat 4G

KUALA LUMPUR 18 Nov. - YTL Communications Sdn. Bhd. bekerjasama dengan Telekom Malaysia Bhd. (TM) untuk melancarkan perkhidmatan rangkaian 4G menjelang 2010 dengan matlamat merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.

Kedua-dua pihak hari ini memeterai perjanjian perkhidmatan pukal Ethernet dan penyewaan utama bagi perjanjian perkongsian prasarana. 

Perjanjian bagi tempoh 15 tahun itu akan membolehkan YTL Communications memanfaatkan perkhidmatan pukal Ethernet TM di samping menggunakan prasarana jalur lebar kelajuan tingginya dan kemudahan telekomunikasi lain. 

"Kerjasama dengan TM penting dan strategik kerana ia akan mewujudkan satu ekosistem lengkap yang menyediakan perkhidmatan Internet tanpa wayar di seluruh negara menggunakan teknologi 4G," kata Pengarah Urusan YTL Group, Tan Sri Dr Francis Yeoh pada majlis permeterian itu di sini, hari ini. 

Di bawah perjanjian itu, syarikat tersebut boleh memanfaatkan lebih 200 menara komunikasi TM di seluruh negara bagi memudahkan pelancaran dan pemasangan radio rangkaian 4G syarikat…

Ulasan: Siapa guna siapa? Jangan berlaku lagi cerita ular lidi menelan ular sawa.

No comments: