WASHINGTON 16 Nov. - Rasa tidak senang rakyat Amerika Syarikat (AS) untuk membicarakan seks telah membuatkan penyakit kelamin (STD) biasa menjadi sesuatu yang lumrah, terutama di kalangan remaja yang lebih terdedah kepada jangkitan, lapor penyelidik hari ini.
Statistik terkini menunjukkan chlamydia, gonorea dan sifilis sebagai jangkitan kelamin yang terus melarat di AS.
"Chlamydia dan gonorea dicatatkan stabil walaupun pada jumlah jangkitan yang tidak boleh diterima sementara kes sifilis semakin meningkat selepas hampir tiada kes dilaporkan.
"Kita menunjukkan kadar jangkitan STD tertinggi berbanding negara maju lain di dunia," kata pengarah divisyen penyakit kelamin di Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit AS (CDC), John Douglas.
Pentadbiran Presiden AS, Barack Obama telah memberi isyarat kesediaan untuk berganjak dari pendekatan pendidikan seks hanya kepada mereka yang menjauhkan diri daripada seks yang dipromosikan bekas Presiden, George W. Bush, negeri konservatif dan kerajaan tempatan.
Beberapa kajian menunjukkan pendekatan sedemikian tidak begitu berhasil dan adalah lebih baik untuk menggalakkan menahan diri dari seks dengan pada masa sama menyalurkan maklumat kepada kanak-kanak dan remaja tentang bagaimana melindungi diri dari penyakit dan mengandung.
"Kita masih belum mempromosikan mesej itu dengan sepenuhnya. Kita masih 'memberikan satu tali pinggang untuk satu kereta," kata Douglas lagi.
Kajian terbaru CDC tentang STD mendapati:
* 1.2 juta kes chlamydia dilaporkan tahun lalu, berbanding 1.1 juta tahun sebelumnya.
* Hampir 337,000 kes gonorea dilaporkan.
* Gadis pada lingkungan 15 hingga 19 tahun mendapat jangkitan chlamydia tertinggi berbanding kumpulan usia lain pada 409,531 kes.
* Golongan kulit hitam yang mewakili 12 peratus penduduk AS, menyumbang kepada 71 peratus kes gonorea dan hampir separuh daripada kes chlamydia dan sifilis pada tahun lalu.
* Gadis kulit hitam antara 15 hingga 19 tahun merekodkan kes tertinggi chlamydia dan gonorea.
*63 peratus sifilis dilaporkan berlaku kepada lelaki dengan seks luar tabii bersama lelaki lain. - REUTERS
Ulasan: Anda Bijak Jauhi Zina. Rupa-rupanya ada kebaikan daripada larangan Allah dalam Quran yang terjemahannya berbunyi, “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Quran: Al-Isra': 32) . Bersama-samalah kita menggerakkan masyarakat supaya menjauhi zina. Tidak berguna maju itu kalau terus dihinggapi dengan sampah kemajuan.
No comments:
Post a Comment