Thursday, November 05, 2009

PKFZ: PAC syor siasat Kong Choy & O.C. Phang

JAWATANKUASA Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam laporan yang dikeluarkan semalam mengesyorkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat penglibatan bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy dan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang, Datin Paduka O.C. Phang dalam mengeluarkan masing-masing tiga surat sokongan dan surat akujanji untuk projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah pecah amanah…
&

SPRM, Polis jamin siasat isu PKFZ

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan dari semua sudut berhubung kes penyelewengan dan rasuah yang berlaku dalam projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, pihaknya tidak akan lepas tangan dalam menyiasat mana-mana kes yang dikaitkan dengan rasuah atau salah guna kuasa.

Malah, katanya, siasatan yang dijalankan itu akan dibuat secara teliti dan telus.

Namun, tegas beliau, pihaknya tidak akan mendedahkan kepada umum identiti individu yang akan disiasat kerana ia boleh mengganggu siasatan kes.

“Berikutan cadangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang mengesyorkan SPRM menyiasat bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy dan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang, Datin Paduka O.C.Phang, saya tidak boleh ulas.

“Tetapi, apa yang penting, SPRM akan menjalankan siasatan ke atas mana-mana individu yang dipercayai terbabit dalam rasuah atau penyalahgunaan kuasa dalam kes PKFZ,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

PAC hari ini mengedarkan laporan jawatankuasa itu mengenai skandal projek mega yang menimbulkan kontroversi apabila mencatatkan kenaikan kos projek yang tinggi iaitu daripada RM1.957 bilion kepada RM4.947 bilion setakat ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi memberitahu, pihaknya akan turut menjalankan siasatan ke atas kes PKFZ itu.

Ulasan: Pelik bila melibatkan kerabat BN, PSRM dan polis macam malu kucing nak siasat. Tetapi apa hendak dipelikkan, itulah yang berlaku selama ini, sejak BN menjajah. Kalau pembangkang, laju macam lipas kudung... Lambat lagilah Malaysia nak jadi negara maju.

No comments: