Wednesday, November 18, 2009

PM tidak pernah ganggu SPRM

PM tidak pernah ganggu SPRM - Abu Kassim
KUALA LUMPUR 17 Nov. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan badan itu tidak pernah dipengaruhi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjalankan siasatan sebagaimana didakwa pihak tertentu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, pemimpin nombor satu itu tidak pernah 'mengganggu' atau campur tangan dalam soal siasatan malah menghormati suruhanjaya itu yang berfungsi secara bebas.

Beliau berkata, tindakan itu jelas memperlihatkan kerajaan tidak pernah mempengaruhi mana-mana keputusan suruhanjaya itu.

"Alhamdulillah... sejak penubuhan SPRM awal tahun ini, setahu saya tiada panggilan dari PM (Perdana Menteri) untuk mengambil tahu mengenai siasatan SPRM," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan bengkel Peranan dan Tanggungjawab Sektor Perniagaan Dalam Memerangi Rasuah di sini hari ini…

Ulasan: Masa akan membuktikan sama ada penegasan yang di buat oleh Datuk Abu Kassim itu betul atau pun auta. Rakyat memerhatikan gerak-geri semua ahli politik.

No comments: