Friday, November 20, 2009

UMNO selamanya Rasuah

Sungai Siput 19 November 2009 - Dato Seri Nizar Jamaluddin mengimbau kembali dan menerangkan kepada Rakyat mengenai apa yang berlaku pada waktu awal dahulu yang ketika mana diwaktu itu UBN (UMNO/BN) menawarkan kebanyakkan Adun-Adun PR dengan wang ringgit dan pelbagai lagi jawatan seperti Exco Kerajaan Negeri sekiranya mereka mahu untuk bersama UBN. Dato Seri menyatakan sendiri bahawa beliau juga turut ditawarkan wang ringgit dan jawatan Menteri Besar sekiranya Beliau mahu untuk bersama-sama dengan UBN di awal pemerintahan PR di Perak dahulu. Beliau memberikan gambaran kepada Rakyat dan menyatakan kepada mereka untuk menilainya sendiri bahawa inilah sikap Pemimpin UBN yang ketika itu cuba menyogok kami Adun-Adun PR dengan wang ringgit dan kesenangan.

Beliau turut menegaskan bahawa setelah sekian lama dan untuk selamanya Umno akan menjadi sebuah parti yang mengamalkan rasuah. Ia bukan sekadar tuduhan namun ia diakui sendiri oleh bekas pimpinan UMNO iaitu Tun Dr Mahathir dan juga Tengku Rithaudin yang mengesahkan bahawa parti UMNO ialah parti rasuah. 

Sabda Rasullulah yang bermaksud : 'Rasuah yang terdiri daripada penerima, pemberi, pencatit rasuah dan yang menjalankan kerja-kerja rasuah ini dibalas dengan siksaan Api Neraka'.

Perumpaan buat UMNO ialah seolah-olah mereka ini melihat budaya rasuah semacam seekor lalat yang hinggap dihidung, dan di kuis dengan mudah oleh mereka sedangkan kita ummat islam menggambarkan rasuah ini semacam satu gunung yang besar yang nak runtuh menghempap kita dan kita lari dengan laju.

Beliau juga menyatakan bahawa budaya ini sebenarnya dibentuk oleh pimpinan mereka apabila 1 Malaysia (Najib Tun Razak) juga menggambarkan kepada semua bahawa rasuah ini hnya sekadar kesilapan teknikal dan ia menampakan ia begitu mudah untuk dimaafkan dan diperbetulkan. Maka akibat dari itu lah maka UMNO hari ini boleh membuat perkara-perkara yang dipenuhi rasuah semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

Umno membuat perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak kerana pemikiran mereka menetapkan bahawa agama itu asing dan politik itu asing. Ia bermakna bagi fahaman mereka Allah swt hanya akan bertanya pada mereka bab-bab rukun sahaja sedangkan Allah swt berfirman di dalam surah 36 ayat 65 yang bermaksud :

'Pada hari itu aku akan kunci mulut-mulut kalian dan tangan-tangan kamu aku benarkan berkata-kata berkenaan dengan apa yang kita lakukan diatas muka bumi ini dan kaki-kaki kamu menjadi saksi.'

Di akhir ceramah itu, beliau merumus dan menyatakan bahawasanya akibat dari pemikiran yang mengasingkan antara agama dan politik inilah yang membuatkan UMNO tidak takut untuk memikirkan akan salah dan silap, dosa dan pahala, akhirat dan dunia kerana bagi mereka Allah swt tidak akan bertanya tentang perkara-perkara itu.

Ulasan: Hidup lebih tenang dan aman tanpa RASUAH. Rasuah sampah kemajuan.

No comments: