WASHINGTON 4 Nov. - Para penyiasat menemui empat mayat lagi hasil penggalian di rumah bekas banduan perogol di Ohio, menjadikan jumlah mayat dalam keadaan ngeri, yang ditemui kini meningkat kepada 10 orang.
Menurut CNN yang memetik kenyataan polis melaporkan, Sowell, 50, turut dituduh menculik, merogol dan melakukan penyiksaan ke atas mangsa-mangsanya.
Polis telah menahan Sowell pada Sabtu lalu, dua hari selepas penemuan lima mayat yang telah reput di rumahnya dan beberapa mayat wanita lain di luar rumahnya.
Menurut Cleveland Plain Dealer, sebiji tengkorak milik seorang lagi mangsa turut ditemui di rumahnya.
Sowell akan menghadapi pertuduhan hari ini (Rabu).
McGrath berkata, para penyiasat sedang berusaha untuk mengenal pasti identiti mayat-mayat tersebut.
"Selera nafsu ganasnya tidak pernah puas," katanya, sambil menambah kata beliau percaya Sowell kenal setiap wanita yang dia serang.
"Saya berkeyakinan penuh semua wanita yang menjadi mangsa adalah mereka yang pergi ke kediamannya secara sukarela," tambah McGrath.
Polis turut meminta penduduk setempat yang kehilangan ahli keluarga tampil mengemukakan gambar ahli keluarga yang terlibat untuk membantu proses pengecaman mangsa.
Selepas dibebaskan pada 2005 setelah merengkok dalam penjara kerana kes merogol pada tahun 1989, Sowell telah ditangkap di Cleveland setelah penduduk mengecam penjenayah itu lalu memaklumkan kepada polis.
Dia sedang berjalan di sebatang jalan dan dia tidak melawan ketika di tangkap, kata polis. – AFP
Ulasan: SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT.. AKHIRNYA JATUH KE TANAH. Bila nafsu menjadi raja, tercabut malu dan sifat penyayang insan. Kenapa lelaki menzalimi wanita?
No comments:
Post a Comment