KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata pelaksanaan dasar sekolah satu aliran di negara ini adalah satu idea yang baik namun mengakui tidak mudah dilaksanakan kerana memerlukan sokongan semua kaum.
Katanya, bukan sesuatu yang mudah untuk melakukan perubahan sekiranya tidak mendapat sokongan rakyat kerana ia hanya akan menimbulkan suasana kelam-kabut.
"Ini bukan isu baru. Saya dulu pun ada fikir hendak buat tapi tidak mudah.
"Rakyat perlu berfikir betul-betul jika mahu laksanakannya," katanya selepas menghadiri majlis rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri anjuran Persatuan Kebajikan Anak Melayu Pulau Pinang di Wilayah Persekutuan dan Selangor di sini, semalam.
Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin berhubung dasar sekolah satu aliran hanya akan dilaksanakan apabila rakyat mahu dan bersedia menerimanya sesuai dengan semangat 1Malaysia.
Ulasan: Bukti UMNO tidak ada kesungguhan untuk menjayakannya. Kemana hujungnya Malaysia hendak dibawa bila pemimpin takut buat pilihan.
No comments:
Post a Comment