Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Mohamad Ariff Md. Yusof dalam penghakiman bersejarah itu berkata, tindakan menahan seorang saksi untuk disoal siasat menjangkaui waktu pejabat adalah satu penahanan secara salah di sisi undang-undang.
Pada hemat hakim itu, peruntukan menyoal siasat saksi ‘sehari-ke-sehari’ seperti tertera dalam Seksyen 30(3)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 tidak bermakna SPRM boleh melakukannya secara berterusan selama 24 jam.
Seksyen itu hanya menyatakan seseorang yang diarahkan oleh SPRM, hendaklah terus hadir membantu siasatan ‘sehari-ke-sehari’ seperti diarahkan.
Hakim Mohamad Ariff menegaskan, oleh kerana tafsiran ‘sehari-ke-sehari’ tidak dinyatakan secara jelas, maka mahkamah tidak boleh memberikan tafsiran secara literal atau mengandaikan ia membawa maksud 24 jam kerana ia boleh mendatangkan kesan terhadap kebebasan seseorang.
Menurut hakim itu, mahkamah juga perlu berhati-hati memberikan tafsiran berhubung perkara yang menyentuh kebebasan seseorang individu.
Lantaran tiadanya tafsiran tersebut, mahkamah merujuk kepada kamus Oxford berhubung definisi ‘sehari-ke-sehari’, kata Hakim Mohamad Ariff.
Berdasarkan kamus tersebut, beliau menyatakan frasa 'day to day' (sehari-ke-sehari) membawa maksud daily basis (asas harian).
Beliau memutuskan demikian ketika membenarkan semakan kehakiman oleh Tan Boon Wah bagi mendapatkan perisytiharan bahawa SPRM hanya boleh menyoal siasat saksi dalam tempoh waktu pejabat antara pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang dan bukannya selepas tempoh itu…
Ulasan: Baguslah sedemikian supaya dapat mengelakkan penderaan mental.
No comments:
Post a Comment