TEHERAN 22 Nov. - Tentera Iran memulakan latihan pertahanan udara secara besar-besaran hari ini dan seorang ulama dalam Pengawal Revolusi memberi amaran republik Islam itu akan melancarkan peluru berpandu ke 'tengah-tengah bandar raya Tel Aviv' sekiranya diserang.
Latihan perang yang akan berlangsung selama lima hari itu bertujuan membantu melindungi fasiliti nuklear Iran, lapor media negara ini yang memetik kenyataan Brigadier Jeneral, Ahmad Mighani.
Amerika Syarikat (AS), Rusia, China, Jerman, Britan dan Perancis mengadakan pertemuan selepas Presiden AS, Barack Obama memberi amaran mengenai pakej sekatan ke atas Iran dalam masa beberapa minggu.
AS dan Israel tidak menolak kemungkinan tindakan ketenteraan sekiranya jalan diplomasi gagal menyelesaikan pertikaian mengenai program nuklear Iran yang disyaki bertujuan membina senjata atom.
Iran yang bertegas program nuklearnya adalah untuk menjana kuasa elektrik, mengancam untuk membalas serangan ke atas Israel dan pangkalan AS di Teluk sekiranya ia diserang. – REUTERS
Ulasan: Allah telah menyebut dalam Quran (Ali-'Imran : 200) yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). Semoga Allah memasukkan ketakutan di hati musuh kita. Lawan tetap lawan.
No comments:
Post a Comment