New Zealand semalam disenaraikan sebagai negara paling kurang rasuah, mengenepikan Denmark.
SYDNEY 18 Nov. - Indeks tahunan yang dikeluarkan oleh Transparensi Antarabangsa itu yang menyenaraikan 180 negara dibuat berdasarkan 13 tinjauan bebas menyenaraikan New Zealand menduduki carta teratas sebagai negara paling kurang korup dengan mencatat 9.4 mata, selepas berada di tangga kedua pada tahun lalu.
Denmark yang mendahului tangga pertama tahun lalu turun di tangga kedua dengan memperolehi 9.3 mata, diikuti Singapura dan Sweden di tangga ketiga berkongsi mata yang sama 9.2 mata dan Switzerland di tangga kelima mengutip 9.0.
Negara yang berada dalam senarai 10 negara paling kurang korup ialah Finland, Belanda, Australia, Kanada dan Iceland.
Britian berada di tempat ke-17, manakala Amerika Syarikat di tempat ke-19 dengan indeks 7.5 mata.
Negara-negara yang berada paling bawah dalam senarai adalah negara yang paling tidak stabil atau akibat kesan peperangan dan konflik berterusan yang telah menjejaskan sektor awam serta telah memusnahkan prasarana kerajaan.
Somalia menduduki tangga terbawah sebagai negara paling korup dengan memperolehi 1.1, diikuti Afghanistan 1.3, Myanmar 1.4 dan Sudan serta Iraq berkongsi di tangga yang sama dengan memperolehi 1.5 mata.
"Amalan rasuah yang berakar ubi dengan kuat memerlukan pengawasan serta tindakan oleh Parlimen, tindakan penghakiman yang tegas, dan sumber pengauditan yang baik dan agensi anti rasuah, pelaksanaan undang-undang yang baik, ketelusan dalam bajet umum, aliran pendapatan dan bantuan serta peranan media yang bebas dan masyarakat yang bertanggungjawab," kata Huguette Labelle, Pengurusi Transparansi Antarabangsa.
''Masyarakat antarabangsa perlu mencari jalan yang lebih berkesan bagi membantu negara yang terlibat dalam kancah peperangan bagi mengembang dan mempertahankan institusi mereka sendiri," katanya.
Lebih 130 negara dalam senarai itu memperolehi di bawah 5 mata. – Reuters
Ulasan: Di manakah kedudukan Malaysia? Di manakah kedudukan negara-negara Islam? Kita menjadi mundur dan lemah kerana kita berpegang kepada agama Allah.
No comments:
Post a Comment