Tuesday, March 31, 2009

Israel drops Gaza war crimes probe

The Israeli military has closed an investigation into claims that Israeli troops shot unarmed Palestinian women and children during its 22-day war on Gaza.
Military investigators said on Monday that Israeli soldiers were passing on "hearsay" when they described the alleged incidents, published by Israeli media earlier this month…( http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2009/03/2009330162126371226.html).

Comment from Molly, Australia : Why does the decision by the Israeli military to close an investigation into alleged war crimes not surprise me? The military investigates the military, always, in Israel and in its backer, the US, whenever these two countries commit war crimes. Always an absolution of themselves and too gutless to face the truth of war crimes committed by so-called civilised nations. What absolute hypocrisy! Trouble for Israel is that it shot itself in the foot with its recent slaughter in Gaza.

Lembaga Disiplin siasat beberapa pemimpin tinggi UMNO

KUALA LUMPUR 31 Mac - Beberapa pemegang jawatan tinggi UMNO kini disiasat ekoran aduan berlaku amalan politik wang dua tiga hari menjelang perhimpunan agung parti itu minggu lepas, kata Anggota Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.
“Saya tak ariflah kes-kes yang mana disiasat sekarang tapi saya dengar memang ada kes yang sedang disiasat.
“Sampai hari ini boleh tahan jugalah (bilangannya). Berkaitan dengan jawatan tinggi pun ada banyak,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada Sidang Kemuncak Anti Rasuah “Tiada Tolak Ansur Bagi Rasuah” anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) dan Transparency International Malaysia di sini hari ini. –Bernama.

Ulasan: Biar rakyat tahu siapa yang kena. Keadilan ialah menghukum yang bersalah.

Pengundi Bukit Selambau diminta elak ulangi kesilapan

SUNGAI PETANI 31 Mac — Pengundi di Bukit Selambau diminta tidak mengulangi kesilapan mereka dengan memilih wakil rakyat yang tidak berpengalaman pada pilihan raya kecil di situ 7 April ini.
Ketua Pemuda MIC Kedah, SK Suresh, berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pakatan pembangkang sebenarnya sudah ketandusan calon sehingga mempertaruhkan calon yang muda yang lebih kurang dua tahun berkecimpung dalam dunia politik…

Ulasan: Lebih baik pilih orang muda yang jujur dan anti rasuah.

Setiausaha Agung OIC minta waspada terhadap pengyahudian Al-Quds

DUBAI 31 Mac — Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Profesor Ekmeleddin Ihsanoglu meningatkan tentang kempen hebat “pengyahudian" Baitulmaqdis.

Berucap pada perasmian Sidang Kemuncak Arab ke 21 di Doha, beliau berkata kempen Yahudi itu bertujuan menghapuskan segala ciri Arab dan Islam dan merobohkan rumah-rumah. Situasi di Baitulmaqdis memerlukan pendirian tegas dan waras, katanya dalam satu kenyataan di sini. Beliau menyebut tentang lawatannya baru-baru ini ke Semenanjug Gaza di mana beliau melihat tahap kemusnahan dan kerosakan besar menerusi keganasan Israel.

Keganasan terhadap Gaza, katanya, ditunjukkan menerusi jenayah perang yang tidak boleh dinafikan, jenayah terhadap kemanusiaan dan penggunaan senjata yang dilarang masyarakat antarabangsa.

“Adalah menjadi tugas kita hari ini bergabung tenaga untuk merujukkan pelaku jenayah ini ke mahkamah khas antarabangsa dan mempercepat pembinaan semula Gaza demi meringankan penderitaan rakyat di sana,” kata setiausaha agung OIC itu. — Bernama.

Ulasan: Mana dia Pengerusi OIC? Apa yang memenuhi di fikirannya? Bangsa? Negara? Islam? Umat Islam? Rentaknya kita sukar menjangka.

Pembangkang tak mampu maju kawasan

LUBOK ANTU 30 Mac - Pembangkang tidak mempunyai kemampuan untuk memajukan masyarakat kaum Iban mahupun membangunkan kawasan yang mereka wakili.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Joseph Mauh Ikeh berkata, wakil atau calon pembangkang yang menang dalam satu-satu pilihan raya tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk membangunkan kawasan mereka.
Menurutnya, calon pembangkang hanya diberi elaun kira-kira RM4,000 sebagai wakil rakyat dan jumlah itu tidak cukup untuk membantu atau membangunkan masyarakat di kawasan yang diwakilinya.
''Pada masa pilihan raya, calon pembangkang akan memberi janji-janji manis tetapi jika sudah menang, bagaimana mereka mahu melaksanakan pembangunan kepada rakyat.
''Ini kerana pembangkang tiada rancangan dan peruntukan yang membolehkan mereka membantu rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini…

Ulasan: Sudah lebih 50 tahun Malaysia merdeka tetapi pembangunan masih menjadi modal utama kerajaan BN menarik undi rakyat. Pada hal sesiapa pun yang menjadi kerajaan bertanggung jawab melaksanakan pembangunan kerana kerajaan di amanahkan oleh rakyat untuk menuruskan negeri dan negara. Sepatutnya pemimpin melatih kita supaya bercakap yang lebih tinggi daripada itu contohnya keadilan, kebebasan,masalah sosial, kegawatan dan visi negeri dan negara dsbnya.

Kes cerai di Johor tertinggi

JOHOR BAHRU 30 Mac - Johor merupakan negeri yang mencatatkan kes penceraian tertinggi sepanjang tahun lalu iaitu sebanyak 2,023 kes.

Jumlah itu merangkumi hampir 19 peratus daripada keseluruhan kes penceraian yang dilaporkan di seluruh negara iaitu sebanyak 10,668 kes.

Jika dikira secara purata, lebih daripada lima kes penceraian dilaporkan dalam sehari di negeri ini.

Fakta itu yang menggemparkan penduduk negeri ini didedahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (gambar) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Persoalannya, mengapa kes penceraian begitu tinggi di negeri ini?.

Bagi menjawab soalan itu, pandangan Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut yang menyatakan trend 'kahwin hutang' dan kemampuan kewangan yang lemah menjadi antara punca utama penceraian, perlu diberi perhatian serius.

Menurut beliau, kini, sudah menjadi kelaziman kepada kebanyakan orang untuk meminjam daripada bank bagi membiayai hantaran perkahwinan yang terlalu tinggi dan majlis kenduri perkahwinan secara besar-besaran.

Katanya, akibat berbelanja di luar kemampuan, pasangan suami isteri akhirnya dibebani hutang sehingga menjejaskan keharmonian rumah tangga dan keadaan tentu menjadi lebih buruk jika mereka tinggal di kawasan dengan sara hidup yang tinggi.

Beliau malah berkata, trend kahwin hutang itu juga dikhuatiri menyebabkan perkahwinan tidak mendapat berkat.

"Jika pinjaman dilakukan mengikut hukum Islam, tidak mengapa. Tetapi jika ada unsur riba, dibimbangi ia tidak mendapat berkat.

"Namun sebaik-baiknya elakkan daripada meminjam dan berbelanja mengikut kemampuan," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Bagi meneliti pandangan Nooh itu, Utusan Malaysia menjalankan sedikit kaji selidik ke atas seorang responden yang hanya mahu dikenali sebagai Azman dan tinggal di Johor Bahru, berhubung beban hutang ditanggungnya untuk menampung majlis perkahwinan.

Azman yang berusia lewat 20-an, berkelulusan ijazah sarjana muda dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan bekerja di sektor awam dengan pendapatan kira-kira RM3,000 sebulan, perlu menanggung isteri dan seorang anaknya.

Menurutnya, dengan pendapatan itu, dia tidak mampu menyimpan kerana semua wang gaji bulanannya digunakan untuk menyara keluarga dan membayar pelbagai hutang.

Katanya, termasuk dalam hutang itu adalah pinjaman bank sebanyak RM20,000 yang digunakan untuk membiayai hantaran perkahwinan sebanyak RM8,000 dan selebihnya untuk majlis kenduri perkahwinan serta pembelian kelengkapan rumah.

Disebabkan itu, katanya, ada masanya dia terpaksa meminjam daripada saudara-mara dan rakan-rakan apabila berlaku perkara di luar jangkaan seperti kerosakan yang perlu diperbaiki pada kenderaan dan rumah.

Berikut (lihat infografik) adalah antara perbelanjaan utama Azman dalam sebulan yang menyamai gaji bulanannya, kira-kira RM3,000.

Jelas, daripada soal selidik itu, sumber kewangan Azman tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan diri dan keluarganya.

Itu bagi Azman yang mempunyai pekerjaan setaraf kelulusan ijazah sarjana muda dimilikinya, namun bagaimana pula dengan golongan berpendapatan rendah? Tentu terdapat tanggapan yang menyatakan sukar untuk melayari alam perkahwinan.

Namun, katanya, masalah berkenaan sebenarnya boleh diatasi sekiranya pasangan sentiasa menghayati ajaran Islam yang antara lain menganjurkan umatnya bersederhana dalam kehidupan.

Dengan cara itu, pasangan yang ingin berkahwin tidak perlu meminjam wang sebaliknya berbelanja mengikut kemampuan kerana membazir amat dibenci dalam ajaran Islam.

Beliau berkata, ia termasuk menganjurkan majlis kenduri perkahwinan yang ringkas, sederhana tetapi meriah di samping mengelakkan mengenakan wang hantaran yang jumlahnya keterlaluan hingga membebankan.

Justeru, Nooh menggesa agar semua pihak meneliti semula kadar hantaran yang terlalu tinggi dan elakkan pembaziran dengan mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana.

TIADA PROJEK MI SEGERA

Pendekatan projek pembangunan ‘mi segera’ setiap kali menjelang pilihan raya tidak akan diamalkan kerana usaha membantu rakyat miskin merupakan tugas berterusan dan melibatkan pembangunan bersepadu dalam jangka panjang.

Justeru, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat harus memberi kepercayaan penuh kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus memerintah supaya perubahan besar dan lebih menyeluruh dapat dirasai penduduk khususnya di Parlimen Bukit Gantang.

‘‘Sekarang bukan masanya lagi untuk kelulusan projek ‘mi segera’. Bila pilihan raya saja rakyat nampak jentera masuk kampung, projek turap jalan dan membersih kawasan.

kah kah kah…. KESIAN… KESIAN… PROJEK TAK ADA…. kah kah kah…

kah kah kah… KESIAN… SIAPA NAK PASANG BENDERA ?.... kah kah kah…

kah kah kah…KONTRAKTOR KELAS F APA SUDAH JADI….kah kah kah

kah kah kah…BILIK GERAKAN SAPA NAK JAGA…. kah kah kah...

woit.... SELALUNYA PILIHANRAYA KECIL ADALAH MASA RAKYAT MENUAI.... kah kah kah...

kah kah kah... BILA LAGI NAK HULUR HULUR...NAK MASYUUUkkkkk....kah kah kah

kah kah kah.... ..HULUR SALAH TAK HULUR SALAH... DUA DUA JAMIN KALAH.... kah kah kah
Dari http://tukartiub.blogspot.com/2009/03/tiada-projek-mi-segera-melayau.html

BETUL KE 3 pilihan raya kecil kini tiada projek ‘mi segera’?

Tiada projek ‘mi segera’
TAIPING 14 Mac – Pendekatan projek pembangunan ‘mi segera’ setiap kali menjelang pilihan raya tidak akan diamalkan kerana usaha membantu rakyat miskin merupakan tugas berterusan dan melibatkan pembangunan bersepadu dalam jangka panjang.
Justeru, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat harus memberi kepercayaan penuh kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus memerintah supaya perubahan besar dan lebih menyeluruh dapat dirasai penduduk khususnya di Parlimen Bukit Gantang.
‘‘Sekarang bukan masanya lagi untuk kelulusan projek ‘mi segera’. Bila pilihan raya saja rakyat nampak jentera masuk kampung, projek turap jalan dan membersih kawasan.

‘‘Percayalah kalau hendak perubahan, sokongan harus diberi kepada BN dan kita akan tetap membawa perubahan besar kepada rakyat termasuk kawasan Parlimen Bukit Gantang ini.
‘‘Sudah semestinya kerajaan BN akan memberi perhatian berdasarkan mandat yang diberi oleh pengundi.
“Menteri Besar (Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir) telah minta pelbagai projek pembangunan dan rakyat mesti tunjuk sokongan kepada BN terlebih dahulu,” katanya semasa berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Taman Kota Jaya di sini hari ini.

Ulasan: Tak sampai 3 minggu bercakap tiada projek ‘mi segera’, kini mi segera sudah sampai walaupun hanya akan menghadapi pilihan raya kecil 7/4/09. Untuk tatapan anda, di perturunkan senarai projek mi segera yang ada, setakat yang terjumpa beritanya di internet:
1)Pakej rangsangan bermula
SUNGAI PETANI 30 Mac - Kerajaan mula mengagihkan peruntukan pakej rangsangan ekonomi bagi menaik taraf kemudahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah seluruh negara.
Antara sekolah terawal yang menerima peruntukan itu ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sungai Tukang di sini.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah tersebut menunjukkan kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan pelajaran di kalangan rakyat pelbagai kaum.
"Sebanyak RM350,000 peruntukan di bawah pakej rangsangan ekonomi ini adalah untuk membina bangunan tambahan atau menaik taraf kemudahan pendidikan bagi SJKT Sungai Tukang.
"Peruntukan ini penting bagi memastikan kemudahan pengajaran di kalangan murid-murid dan guru mencukupi.
"Ia juga menunjukkan usaha dan komitmen serius kerajaan membantu melahirkan insan cemerlang pada masa akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Peruntukan Cek Pakej Rangsangan Ekonomi kepada Guru Besar SJKT Sungai Tukang, K. Devi di sini hari ini.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Shahanim Mohd. Yusof, calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Datuk S. Ganesan…

Ulasan: Agaknya Menteri Pertanian mewakili Menteri Pelajaran di Majlis Penyerahan Peruntukan Cek Pakej Rangsangan Ekonomi kepada Guru Besar SJKT Sungai Tukang.

2) Tiga kategori sekolah 2010
SUNGAI PETANI 31 Mac – Kerajaan akan mentakrif semula jenis-jenis sekolah kepada tiga kategori menjelang tahun 2010.

Tiga kategori tersebut ialah Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan itu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan dan memudahkan kerajaan menyusun peruntukan kewangan mengikut kesesuaian pada masa akan datang.

“Saya akan membentangkan satu rangka tindakan mini kepada Kabinet tidak lama lagi berhubung penakrifan semula kategori sekolah.

“Menjelang tahun 2010, kita hanya ada tiga kategori sekolah berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu pertama, Sekolah Kerajaan yang mana ada Sekolah Kebangsaan di bawahnya.

“Yang kedua pula, Sekolah Bantuan Kerajaan yang ada empat jenis di bawahnya iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Mubaligh dan Sekolah Agama Kerajaan.

“Bagi sekolah swasta terdiri daripada sekolah yang tidak dibantu oleh kerajaan seperti sekolah antarabangsa dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan peruntukan pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM210,000 bagi tujuan meningkatkan kemudahan pendidikan di SJKT Ladang Sungai Getah, dekat sini hari ini…

3) 160 penduduk terima bantuan cermin mata

BUKIT GANTANG 1 April - Sebanyak 160 penduduk di sekitar Sungai Tinggi, dekat Trong di sini menerima bantuan cermin mata menerusi program kemasyarakatan anjuran bersama Puteri UMNO, Yayasan Rahah dan Klinik Tun Razak.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, penerima bantuan itu terdiri daripada penduduk kampung yang mengalami masalah rabun jauh dan dekat.

Katanya, cermin mata itu ditaja oleh Yayasan Rahah dan Klinik Tun Razak manakala Puteri UMNO bertindak sebagai penggerak kepada program tersebut.

''Pada 14 dan 15 Mac lalu, kami mengadakan program pemeriksaan mata di Sekolah Kebangsaan Sungai Tinggi dan penyerahan cermin mata diadakan hari ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan tersebut di sini, semalam.

Memandangkan terdapat penerima warga tua yang tidak dapat hadir pada majlis itu, Rosnah yang diiringi Ketua Puteri UMNO Perak, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin mengadakan kunjungan ke rumah mereka di Pekan Sungai Kerang untuk menyerahkan bantuan berkenaan.

Menurut Rosnah, selain pemberian cermin mata, pihaknya bersama Yayasan Rahah dan Klinik Tun Razak turut mengadakan program pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penduduk di sekitar Sungai Tinggi bermula 17 Mac lepas dan berakhir pada 7 April ini...

Ulasan: Kenapa tunggu pilihan raya baru teringatkan orang kampung... walaupun mi ini kecil saja.

4) Cabutan bertuah Umno-154 rumah percuma untuk pengundi Bukit Gantang
Dikirim pada April 2, 2009 oleh HermanSamsudeen 

Satu lagi projek memenangi hati rakyat Bukit Gantang bila mana Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga ketua penerangan Umno, Muhammad Muhd Taib mempergunakan peruntukan Kementerian itu bagi mempromosi pakej kahas pemberian rumah percuma sebanyah 154 unit kepada pengundi bertuah.

Rumah berharga RM33,000 sebuah siap dibina pada tahun ini dan dikatakan akan diserahkan kepada golongan Miskin. Siapa golongan miskin itu. Mana senarainya. Sebelum pembinaan itu dijalankan sepatutnya senarai bakal pemilik sudah ada jadi tidaklah duit itu dibazirkan kerana Kerajaan tahu jumlah yang memerlukan.

Paling kelakar, kenapa tiba-tiba Kementerian dirikan 154 buah rumah dan umum dalam kempen. Projek itu dikatakan telah dimulakan bulan lepas iaitu setelah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Hj Roslan Shaharum meninggal dunia.

Kalaupun nak umumkan kenapa tak dibuat di Pekan Pahang iaitu akwasan yang paling banyak kes keluarga miskin dilaporkan.

Nampak sangat inilah projek pilihanraya Umno. Masa pilihanraya mereka cakap semua percuma....

5) Gelanggang futsal moden di Bukit Selambau
SUNGAI PETANI 2 April - Kerajaan akan membina sebuah gelanggang futsal yang dilengkapi dengan lampu limpah bernilai RM150,000 untuk kemudahan golongan belia menjalankan aktiviti sukan dan ekonomi di Bukit Selambau di sini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, gelanggang futsal itu juga bukan sahaja dapat mencungkil bakat golongan belia dalam bidang sukan, malah menggalakkan mereka mempelajari kaedah pengurusan dan menjadi usahawan.

''Ini kerana pengurusan gelanggang akan diserahkan kepada belia di kawasan berkenaan dan jika aktiviti sukan diadakan pada waktu malam, mereka boleh menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual makanan dan minuman di kawasan itu.

''Tapak gelanggang futsal ini kita sudah kenal pasti dan kerja-kerja pembinaannya akan dijalankan tidak lama lagi," kata Ismail Sabri yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan golongan belia di pekan Bukit Selambau di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, Kementerian Belia dan Sukan akan membina 1,200 gelanggang sukan di seluruh negara untuk kemudahan para belia menjalankan aktiviti sukan…

6) Rasuah basikal dan tabur wang RM400 seorang 
Petikan: Harakahdaily

BUKIT GANTANG, 6 April (Hrkh) - Umno memberi sebuah basikal dan wang berjumlah RM400 kepada semua penduduk di Changkat Jering untuk memastikan penduduk di kawasan itu memberi undi simpati kepada calon mereka.

Perkara tersebut diakui oleh seorang penduduk yang enggan dikenali bahawa semua penduduk telah menerima pemberian daripada Umno. 

Dalam perkara yang sama seorang peniaga Cina turut mengakui Umno telah memberi wang sebanyak RM300 kepada orang Melayu manakala orang Cina hanya di beri RM100 setiap seorang. 

Beliau yang berniaga di Simpang, Changkat Jering menyelar sikap Umnoyang tidak adil dalam pemberian wang tersebut. 

"Masyarakat Cina marah sebab orang Melayu dibagi RM300 tetapi orang Cina hanya diberi RM100. Ini tidak adil kenapa mesti bezakan antara orang Melayu dengan Cina, kita sama-sama rakyat Malaysia," katanya. 

Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang turut berkempen di Simpang, Changkat Jering berkata, pemberian wang dan sebagainya daripada Umno-BN itu sudah menjadi amalan biasa parti itu. 

Beliau menegaskan, setiap kali pilihan raya sama ada kecil atau pilihan raya umum Umno-BN cuba kelabukan mata rakyat dengan memberi berbagai-bagai bantuan. 

Menurut beliau, pengundi Bukit Gantang tidak perlu takut untuk turun mengundi pada hari Selasa, 7 April nanti. 

"Pengundi perlu fikir panjang jangan kerana wang RM400 dan sebuah basikal kita sudah menggadaikan prinsip generasi masa hadapan," katanya. 

Beliau mengingatkan seluruh pengundi supaya jangan takut untuk memberi kepercayaan kepada calon PAS dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir kerajaan negeri Perak. 

"Kita akan berkhidmat dengan lebih baik kerana BN yang telah memerintah selama 51 tahun rakyat di Perak masih lagi ketinggalan untuk menikmati pembangunan," jelas beliau.
Dari: http://www.tranungkite.net/v8/

7) Tidak habis buat dosa kering
MUHYIDDIN Yassin menyerahkan replika cek RM1 juta kepada Guru Besar, Ong Beng Joo (dua dari kanan) sambil diperhatikan oleh Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yaakob (kanan) dan Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Tan Lian Hoe (tiga dari kiri) semasa perjumpaan dengan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sin Min, Simpang, semalam.

TAIPING 5 April – Tidak habis- habis buat dosa kering!
Itu reaksi spontan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai perbuatan pembangkang yang semakin hebat membuat gimik dan menabur fitnah terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelang tarikh pengundian serentak bagi tiga pilihan raya kecil Selasa ini…

Ulasan: Dosa kering biasanya setelah dosa basah ada. Siapa agaknya buat dosa basah?

Sebenarnya projek mi segera adalah amalan tradisi kuno BN hanya bertujuan untuk merasuah pengundi selama ini. Sudah lebih 50 tahun negara kita merdeka, tapi kerajaan BN menganggap kita rakyat hanya laparkan pembangunan sahaja. Pada hal pembangunan adalah amanah dan tanggung jawab oleh parti apa pun menjadi kerajaan selepas menang pilihan raya.

Rakyat kini telah sedar mengenai keadilan, kebebasan, penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin kerajaan, rasuah dan peta besar arah negara 40 tahun lagi dan sbgnya. 

Pembangkang tidak mampu memerintah

TAIPING 30 Mac - Rakyat perlu sedar bahawa pakatan pembangkang yang diberi peluang memerintah selama setahun tidak mampu menjadi pemerintah yang baik berbanding Barisan Nasional (BN).
Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Chua Soi Lek berkata, selepas menguasai lima negeri sejak pilihan raya umum lalu, bukan saja pembangkang tidak cekap mentadbir, malah mempunyai pelbagai masalah dalaman yang kronik…

Ulasan: Jika ingin negara aman dari rasuah, Pakatan Rakyat adalah pilihan yang sudah terbukti. Sebagai contoh, hampir 20 tahun wakil rakyat PAS di Kelantan tidak pernah di hadapkan ke mahkamah kerana rasuah dan menyalahgunakan kuasa. Mentadbir negara bukan hak BN tapi tugas yang di amanahkan rakyat terhadap sesuatu yang berjaya membentuk kerajaan.selepas pilihan raya. Kalau kerajaan persekutuan BN yang berpengalaman lama sewajarnya sudi member peluang dan membantu kerajaan negeri PR. Tentu lebih elok bagi rakyat.

PPSMI diteruskan di sekolah menengah?

KUALA LUMPUR 30 Mac - Keputusan kerajaan berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang akan diumumkan tidak lama lagi, tidak semestinya dengan meneruskan dasar itu bulat-bulat atau menolaknya sama sekali. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, apa yang diutamakan ialah menyesuaikan dasar itu mengikut pencapaian kanak-kanak tempatan.
"Sama ada kita memansuhkan PPSMI atau tidak, saya percaya itu tidak menentukan atau memastikan bahasa kebangsaan dimartabatkan.
"Kementerian mempunyai cadangan yang hendak dibentangkan kepada Jemaah Menteri. Salah satu ialah menggunakan bahasa Melayu di sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini…

Ulasan: Kenapa pemimpin kita mengikut pemimpin dunia ketiga yang suka bercakap berbelit-berbelit? Marilah kita balik kepada asal yang telah dilaksanakan dengan jayanya selama ini iaitu dengan PPSMM bukan PPSMI. Dengan memansuhkan PPSMI kita bersama-sama menentukan atau memastikan bahasa kebangsaan dimartabatkan. Kita sepatutnya berfikiran merdeka bukan hamba.

Najib sah angkat sumpah Perdana Menteri Jumaat ini

KUALA LUMPUR 31 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang keenam di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Jumaat ini.
Semua anggota Jemaah Kabinet telah menerima surat jemputan menghadiri istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah serta menyimpan rahsia Najib yang akan berlangsung di Istana Negara…

&

Angkat sumpah Perdana Menteri baru 3 April?

KUALA LUMPUR 30 Mac - Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah serta Menyimpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang baru dijadual berlangsung di Istana Negara pagi Jumaat ini.

Sumber Istana Negara memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin secara rasmi Khamis ini bagi memaklumkan hasratnya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri…

Ulasan: Negara dan rakyat akan di paksa menerima PM baru yang tidak berapa jelas warnanya? Putih, hitam atau kelabu asap? Sudah tentu menyusahkan Agung saja. Eloklah Dato' Seri Najib Razak terlebih dahulu membersihkan imejnya contohnya yang banyak tercalar dengan kisah peribadi di mana-mana mahkamah yang adil, sebelum mengangkat sumpah sebagai ketua negara, PM ke 6. Bagaimana seorang pemimpin negara boleh diyakini jika tuduhan terhadapnya gagal dibersihkan sehingga menimbul keraguan rakyat tempatan dan se dunia? Sebelum ini akhbar Perancis, Liberation melaporkan Najib ada hubungan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shariibu yang mati dibunuh dengan kejam di negara ini. Selain itu akhbar The Nation, The New York Times, 9News, The Australian, Times Of India dan Timeonline juga melaporkan secara ekslusif mengenai kematian Altantuya di Malaysia (http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20079&Itemid=50.)

Nafi laporan akhbar

KUALA LUMPUR 30 Mac - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan beliau mendakwa bahawa UMNO parti tunggal yang menuntut kemerdekaan negara ini dan menidakkan peranan MCA dan MIC ketika ucapan penggulungannya pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO Ke-59, Sabtu lalu.
Beliau menjelaskan, apa yang beliau nyatakan ialah UMNO terlibat secara langsung dalam membina beberapa institusi negara termasuk Rukun Negara, transformasi pendidikan dan isu berhubung kait dengan institusi raja…

Ulasan: Perlu ingat bahawa Umno bukan pelopor kemerdekaan.Yang hilang dari sejarah ialah pengorbanan pejuang Melayu Muslim sebelum dan selepas UMNO wujud. Tiba-tiba UMNO menjadi hero kesayangan British kerana menjadi anak didik mereka (walaupun tidak pernah langsung belajar di Britain).

Monday, March 30, 2009

Pilihan Raya (Pemilu) Indonesia 9/4/09

Maka jangan salah pilih.
Jika ingin negara aman dari korupsi, Partai Keadilan Sejahtera (PKS) adalah pilihan yang sudah terbukti.
PKS parti orang cilik, bukan parti orang licik.

Selamat berkempen sehingga 7/4/09. Kemudian tempoh bertenang.
Selamat mengundi pada 9/4/09.

Doakan PKS menang besar bersama-sama parti Islam lain.

BN akan nyatakan perkara sebenar

TAIPING 29 Mac - Jentera Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang Barisan Nasional (BN) akan berusaha sebaik mungkin untuk menyatakan perkara yang benar berkaitan peralihan kuasa yang berlaku di Perak.
Berbeza dengan pakatan pembangkang yang dijangka menggunakan taktik meraih simpati ekoran keadaan tersebut, BN tidak akan sekali-kali memainkan sentimen yang akan membuatkan pengundi rasa bersedih.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN yakin usaha berkenaan akan menempa kejayaan kerana rakyat dan pengundi di Bukit Gantang sudah bijak, bersikap rasional dan boleh berfikir dengan baik…

Ulasan: Kalau BN menyatakan perkara sebenar sudah tentu umurnya tidak sepanjang sekarang.

Friday, March 27, 2009

Perlu berani berubah – Abdullah

KUALA LUMPUR 26 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta ahli- ahli parti itu menanam keazaman ‘untuk berubah’ sambil disusuli dengan langkah berani melakukan perubahan dalam diri sendiri jika mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam ucapan dasarnya yang terakhir sebagai Presiden UMNO, beliau menegaskan, betapa malangnya jika ramai ahli parti itu masih gagal memahami bahawa UMNO itu adalah ahli-ahlinya sendiri dan selagi mereka tidak berubah, UMNO tidak mungkin dapat berubah…

Ulasan: Selama ini kebanyakan pemimpin UMNO dari pelbagai peringkat bagaikan pagar makan padi berselindung di sebalik perjuangan membela bangsa Melayu dan agama Islam. Merekalah yang berjawatan, yang sibuk mengaut khazanah negara melalui kroni melalui cara yang tidak sah. Pernah bertemu dengan pemimpin UMNO yang miskin? Dalam setiap persidangan UMNO, perwakilan UMNO menjerit Hidup Melayu dan menyatakan perjuangan bangsa Melayu tidak pernah selesai. Memanglah tidak akan selesai kerana mereka sibuk dengan agenda peribadi mengumpulkan harta. Cukuplah 51 tahun rakyat bangsa Melayu memberi amanah kepada UMNO dan rasa begitu kecewa dengan hasil perjuangannya. Parti datang dan pergi tetapi bangsa Melayu dan negara mesti mendapat manfaat yang terbaik setiap masa. Biarlah UMNO terkubur angkara kebobrokannya sendiri. Jom kita orang Melayu teruskan hidup hidup tanpa UMNO, pengkhianat bangsa. Buat apa dengan pemimpin yang bermasaalah.

Obama to add US troops in Afghanistan

WASHINGTON – Concerned about the faltering war in Afghanistan, President Barack Obama plans to dispatch thousands more military and civilian trainers on top of the 17,000 fresh combat troops he's already ordered, people familiar with the forthcoming plan said Thursday.
Obama also will call for increasing aid to neighboring Pakistan as long as its leaders confront militants in the border region. The president plans to lay out his revamped strategy for Afghanistan and Pakistan on Friday…(AP).

Comment: Where is Obama’s change policy? Stop the US foreign policy that had been causing troubles in other countries. Make sure you bring enough coffins for soldiers to die in Afghanistan. Alexander the Great, British and Russia had learned the fighting in Afghanistan where everybody is an Alexander.  Obama’s soldiers are no different.

Thursday, March 26, 2009

Jalan Pintas Ke Neraka

Sinar Harian (25/3/09): Esok hari penentuan. Lebih 30 jawatan dipertandingkan, 269 calon ghairah untuk menang, dan 25 juta rakyat menunggu penuh debaran, ingin mengetahui ke arah mana negara ini akan dihalakan.

Keputusan sebenar akan ditentukan oleh 2,500 perwakilan yang diamanahkan memilih siapa yang paling layak mengisi kepimpinan UMNO untuk tahun-tahun mendatang.

Untuk beberapa bulan lalu yang menjadi ‘raja’ bukan calon-calon Timbalan Presiden, tidak juga calon-calon Naib Presiden, atau calon lain-lain jawatan – Majlis Tertinggi, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri.

‘Raja’ sebenarnya ialah para perwakilan yang nama dan alamat mereka tertulis di buku khas, malah ada yang disimpan dalam telefon bimbit dan PDA calon atau agen-agen calon.

Tidak kira siang, malam, tengah malam dan bila-bila masa sahaja agen calon – atau mungkin calon sendiri – akan menghubungi ‘raja’ untuk meminta ‘pertolongan’, boleh jadi dengan SMS: “Tolong undi calon sekian-sekian...”

Dan pertolongan itu tentu sekali tidak dibuat dengan ikhlas, juga tidak dengan semangat tulen perjuangan parti, tetapi dengan habuan wang. Sebagai ‘raja’ perwakilan yang meletakkan harga. Seribu? Dua ribu? Ribu-ribu-ribu?

Itulah andaian umum sekarang, bahawa politik wang semakin berleluasa dan sudah membarah parah dalam parti terbesar orang Melayu. Memalukan! Menjijikkan.

Para perwakilan, dari Perlis hingga ke Sabah, dalam tempoh sebulan dua ini sesuka hati dan tanpa malu-malu, memasang lukah untuk mencari laba mudah dari calon-calon yang ghairah untuk menang.

Andaian itu bukan tanpa kebenaran. Beberapa pemimpin UMNO telah menjadi bukti amalan songsang dalam parti perintis kemerdekaan itu. Beberapa tahun dulu Isa Samad pernah dihukum kerana amalan politik wang (kali ini bertanding lagi!).

Terbaru Ali Rustam didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin parti kerana mengamalkan rasuah politik, dan dihukum tidak boleh bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan ini.

Turut didapati besalah di bawah tataetika yang sama ialah calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaludin. Nasibnya baik, walaupun melakukan kesalahan yang sama, menantu Perdana Menteri itu masih dibenarkan bertanding.

Mohamad Norza Zakaria juga disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan didakwa di mahkamah atas tuduhan mengamalkan politik wang.

Pendek kata rasuah politik bukan sekadar andaian, tetapi satu kenyataan. Maka tidak menghairankan apabila ada calon-calon secara bergurau mengakui: “Bagi (duit) salah, tak bagi kalah!” Percayalah, itu bukan sembarangan gurau!

Tidak diketahui dengan tepat berapa banyak wang telah bertukar tangan – dari calon kepada wakil calon, dan kepada si ‘raja’ – dalam masa sebulan dua ini. Mungkin beribu ringgit, boleh jadi sudah mencecah jutaan ringgit.

Mungkin banyak lagi yang dijanjikan setelah calon berkenaan menang.

Alangkah jijiknya politik Islam, politik Melayu, politik UMNO! Sekiranya keputusan PRU-12 setahun lalu dijadikan iktibar, kejijikan itu sepatutnya telah dibersihkan dari UMNO. Tetapi ‘raja-raja’ UMNO tetap sama, dari dulu, kini dan selamanya. Wang juga keutamaan mereka.

UMNO ditolak – termasuk oleh orang Melayu sendiri – sebab parti yang diuar-uarkan sebagai pejuang dan penegak Islam itu mengamalkan perkara-perkara yang jelas bercanggah dengan agama. Parti dengan keahlian lebih tiga juta orang itu dikaitkan dengan rasuah, keangkuhan dan skandal.

Kalahlah macam mana pun, hilanglah kekuasaan beberapa negeri pun ‘raja-raja’ ini tidak akan mendapat pengajaran. Selepas kalah pada 8 Mac, sepatutnya ‘raja-raja’ yang laparkan wang rasuah ini tersentak sedar. Tetapi amalan jijik ini tetap juga menjadi pegangan.

Kalah di Permatang Pauh dan kalah lagi di Kuala Terengganu, persetankan kekalahan itu kerana perut tetap menjadi keutamaan. Anak bini mesti disuap dengan wang haram itu. Biar parti tergadai, biar negara tergadai asalkan perut kekal boroi.

Apakah parti Datuk Onn Jaafar itu hendak dikuburkan dengan keranda rasuah? Malu besarlah anak cucu kita apabila membaca sejarah bahawa UMNO yang ditubuhkan untuk membela Melayu dan negara akhirnya lingkup gara-gara rasuah politik.

Tolong, jangan kuburkan UMNO dengan keaiban! Parti ini perlu dihidupkan, sebab ini wadah perjuangan bangsa. Meski ada parti-parti lain, UMNO masih tetap menjadi harapan. (Tapi persoalannya: Bolehkah dan bersediakah UMNO dibersihkan zahir dan batinnya? tambahan oleh malaysia-baru.)

Tetapi apa yang dapat diharapkan dari sebuah parti besar sekiranya para pemimpin terdiri dari mereka yang kotor lagi menjijikkan? Bolehkah pemimpin kaki rasuah, kaki songlap, kaki putar alam, kaki seleweng, kaki maksiat diharapkan untuk membela rakyat? Tidak boleh!

Sebab itu UMNO mesti dikendalikan dan diterajui oleh para pemimpin yang bersih, berwibawa. Tidak kira apa jawatan yang dipegang dari yang tertinggi hingga yang terendah, semuanya hendaklah bebas dari sebarang kemungkaran.

Esok, pilihlah calon-calon yang boleh membawa harapan baru kepada agama, negara dan bangsa. Inilah tugas 2,500 perwakilan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putera.

Andalah yang sebenarnya mengetahui calon mana yang perasuah. Katakan ‘tidak!’ kepada calon-calon ini. Nyahkan mereka dari fikiran anda, nyahkan juga mereka dari UMNO.

Anda tahu mereka. Anda terima wang dari mereka tetapi demi parti, tolaklah mereka. Jika anda sudah terlanjur menerima wang itu, bertaubatlah dan bantulah pemberi rasuah itu dengan tidak mengundi mereka. Jangan bersubahat lagi. Ingat, bersubahat itu lebih besar dosanya dari orang yang melakukan.

Anda berdosa sekiranya dalam masa sebulan dua ini telah menerima habuan dari calon-calon berkenaan. Tetapi anda lebih berdosa sekiranya calon-calon yang telah merasuah anda ini dipilih untuk memimpin parti.

Sebagai orang Islam anda tahu duit rasuah yang diterima dari calon adalah haram. Sekiranya anda percaya kepada Allah, benda haram walau sebesar zarah pun akan mendatangkan mudarat.

Tergamakkah anda mengambil duit haram itu untuk diberikan kepada anak-anak dan isteri di rumah? Duit rasuah digunakan untuk membeli susu bayi, membeli makanan untuk seisi keluarga.

Apabila benda haram masuk ke dalam darah dan tubuh kita, terimalah akibatnya. Mungkin jasad yang mengandungi duit haram itu akan menerima bencana – kebakaran, kemalangan, dan lain-lain kecelakaan.

Boleh jadi juga hasil haram dalam tubuh akan menjadikan anak anda penagih dadah tegar. Sanggupkah sebagai ibu bapa bertanggungjawab anda memberi benda haram wang politik UMNO untuk keluarga?

Kesalahan memilih calon yang kotor tidak sahaja menyebabkan anda dimurkai Allah (takutlah pada neraka jahanam!). Malah lebih malang lagi dengan kesilapan memilih calon anda meletakkan parti dalam keadaan songsang.

Parti yang songsang akan membawa kehancuran kepada agama, bangsa dan negara. Anda akan disumpah oleh anak cucu sebagai orang yang tidak bertanggungjawab kerana memilih calon korup.

Jadilah perwakilan yang bertanggungjawab dan ada harga diri. Tolaklah calon yang memang diketahui tidak bersih. Inilah harapan kami, dan harapan berjuta-juta rakyat, khasnya orang Melayu.

Tentu sekali sebagai perwakilan pilihan akar umbi nilai maruah anda bukan seribu ringgit, tidak sepuluh ribu ringgit, hatta tidak juga sejuta ringgit. Tetapi sekiranya wang rasuah juga yang menentukan keputusan anda, andalah yang akan menjawab ketika bertemu Allah nanti!
http://penarekbeca.blogspot.com/2009/03/jalan-pintas-ke-neraka.html

Ulasan: Tapi persoalannya yang timbul ialah bolehkah dan bersediakah UMNO dibersihkan zahir dan batinnya? Rasanya bangsa Melayu bersyukur dengan terkuburnya UMNO. Maaf cakap, di dalam tong tahi, masihkah ada lagi yang baik dan bersih?

Male circumcision cuts risk of cancer-causing virus

26/03/2009 LONDON, March 25 (Reuters)

Circumcision protects men from genital herpes and a virus that causes genital warts and cancer but it does not appear to guard against syphilis, U.S. and Ugandan researchers said on Wednesday.

The report in the New England Journal of Medicine adds to the debate over whether men -- and newborn boys -- should be circumcised to protect their health and perhaps the health of their future sexual partners.

The findings from two trials in Uganda build on related research showing that circumcision cuts a man's risk of HIV infection through heterosexual intercourse by more than 50 percent, said Anthony Fauci of the National Institutes of Health in the United States, which funded the study.

They also come at a time when circumcision rates are declining in places like the United States even as evidence mounts that the practice can provide important health benefits.

"Medically supervised adult male circumcision is a scientifically proven method for reducing a man's risk of acquiring HIV infection through heterosexual intercourse," he said.

"This new research provides compelling evidence that circumcision can provide some protection against genital herpes and human papillomavirus infections as well."

The human papillomavirus, or HPV, is the most common sexually transmitted infection in the world. It causes cervical cancer, which kills 300,000 women globally every year.

The team, which also included researchers from Johns Hopkins University in the United States and Makerere University in Uganda, conducted two parallel clinical trials to analyse the impact of male circumcision as a public health tool.

The combined results of the studies looking at more than 3,000 men showed circumcision reduced the risk of herpes by 25 percent and of HPV by one third. HPV also causes anal and penile cancers.

Circumcision also appeared to reduce the odds of genital warts but had no effect on the incidence of syphilis, the researchers added.

The study highlights the potential of using circumcision to protect people most at risk of the infections in the developing world, especially Africa, where HIV and HPV are widespread.

"Efforts to scale-up male circumcision could have tremendous benefit," said David Serwadda of Makerere University in Uganda, who worked on the study.

Since 2007, circumcision has been promoted by the World Health Organization and the United Nations Programme on HIV/AIDS as a way to reduce the risk of AIDS in areas where heterosexual transmission is high.

When done in children, the operation reduces the chance of urinary tract infections and phimosis, a problem with the foreskin.

Comment: By the grace of Allah, we are Muslims. We do not fornicate. We are truthful to our wives or husbands. Male circumcision is our way of life as shown by our Apostle of Allah, Muhammad s.a.w.

40 tahun tanpa bekalan air

JOHOR BAHRU 25 Mac - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Demikianlah yang dirasai oleh lebih 50 penduduk Kampung Sentosa Dalam, Sungai Tiram di sini yang hidup hampir 40 tahun tanpa bekalan elektrik dan air bersih.
Seorang penduduk, Hussin Mohd. Lana, 55, berkata, akibatnya mereka terpaksa menggunakan generator bagi mendapatkan elektrik dan air perigi sebagai sumber bekalan air.
"Akibat masalah itu, aktiviti harian kami terjejas bahkan seolah-olah kami hidup pada zaman sebelum negara merdeka," kata bapa kepada lima orang anak ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini…

Ulasan: Sedih kerana hal ini berlaku di negeri yang sejak merdeka di perintah oleh BN/UMNO. Bukan Pas atau PKR atau Pakatan Rakyat. Di kala pemimpin UMNO jadi kaya masih ada rakyat yang hidup ketinggalan.

Kedah rugi jutaan ringgit

ALOR SETAR 25 Mac - Kerajaan negeri memandang serius masalah pencerobohan ribuan hektar tanahnya termasuk mengambil balak yang dipercayai didalangi oleh pihak tertentu sehingga menjejaskan hasil sumber alam negeri.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kegiatan yang dikesan aktif sejak kebelakangan ini menyebabkan kerajaan negeri kerugian jutaan ringgit yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan Kedah…

Ulasan: Kebanyakan masalah di mana-mana bermula apabila rasuah bermaharajalela.

Mati selepas suntikan kecantikan

KUALA LUMPUR 25 Mac - Impian seorang ibu tiga anak untuk memiliki potongan badan menarik bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dipercayai selepas mendapat suntikan bagi rawatan kecantikan.
Allahyarham xxxxx, 30, pengarah urusan syarikat pembekal peralatan makmal yang memiliki raut wajah cantik dengan berat badan 45 kilogram meninggal dunia kira-kira pukul 5 petang semalam di sebuah klinik swasta di Ampang dekat sini yang menyediakan rawatan kecantikan wajah dan badan.
Suaminya, xxxxxxx, 35, memberitahu, isterinya telah menerima rawatan di klinik terbabit sebanyak 14 kali sejak bulan Disember 2007…

Ulasan: Berhati-hati bila menerima rawatan kecantikan. Tanyalah pakar agama. Duit habis. Kalau tak berhati-hati, nyawa pun sama.

Harakah, Suara Keadilan diberi amaran

KUALA LUMPUR 25 Mac - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberi amaran kepada penerbit dua akhbar pembangkang, Harakah dan Suara Keadilan supaya mematuhi penggantungan permit selama tiga bulan atau bakal berdepan tindakan lebih tegas.
Katanya, tindakan menggantung permit kedua-dua akhbar itu dilakukan kerana pihak berkenaan melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.
Syed Hamid berkata, pihaknya telah memberikan peringatan dan amaran serta peluang yang lama kepada penerbit kedua-dua akhbar tersebut untuk mematuhi syarat permit yang diberikan sebelum tindakan itu diambil.
Menurutnya, penerbitan kedua-dua akhbar itu bukan digunakan untuk mempromosikan ideologi parti pembangkang berkenaan tetapi digunakan bagi mengelirukan rakyat dan banyak berunsur fitnah…

Ulasan: Apakah media perdana yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan BN/UMNO bebas dari fitnah terhadap parti pembangkang? Kenapa tindakan berbeza?

Polis perlu digeruni penjenayah

KUALA LUMPUR 25 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang usianya kini genap 202 tahun perlu menjadi sebuah pasukan yang kuat, dihormati dan digeruni oleh mana-mana pihak yang cuba mengganggu keamanan negara.
Gesaan itu disuarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu pasukan keselamatan negara itu tidak membiarkan jenayah berleluasa sehingga mengatasi tugas menjaga keselamatan…

Ulasan: Polis akan digeruni penjenayah bila polis TIDAK makan rasuah. Rasuah menyebabkan undang-undang hanya wujud di atas kertas. Bersama-sama menjadikan Malaysia yang bebas dari rasuah.

Beri sokongan padu kepada Najib - Abdullah

KUALA LUMPUR 26 Mac — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menyeru supaya Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan sokongan padu untuk membolehkan beliau memimpin Malaysia ke mercu kejayaan yang lebih cemerlang.
Presiden UMNO itu yang turut berikrar untuk memberikan sokongan padu kepada Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri baru, berkata beliau percaya, beliau menyerahkan tanggungjawab negara kepada Najib yang merupakan “nakhoda lebih muda yang memiliki kematangan dan pengalaman untuk mengemudi bahtera negara.”
Abdullah dalam ucapan dasarnya yang terakhir sebagai presiden parti pada Perhimpunan Agung UMNO 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini turut memberi nasihat berasaskan pengalamannya sebagai presiden parti dan Perdana Menteri, bahawa tugas dan amanah tersebut amatlah berat…

Ulasan: Rakyat mengharapkan PM baru yang bermaruah dan lebih baik dari semua segi.

Wednesday, March 25, 2009

Saintis Jepun cipta seluar dalam bebas bau

HOUSTON 24 Mac - Bosan dengan soalan memalukan bilakah kali terakhir anda menukar seluar dalam anda? Saintis angkasa lepas Jepun mungkin mempunyai jawapan kepada soalan itu - sejenis seluar dalam bebas bau dan pakaian kasual.
Koichi Wakata, angkasawan pertama Jepun yang berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), menguji pakaian yang dinamakan sebagai J-ware, rekaan pakar tekstil di Universiti Wanita Jepun di Tokyo.
Pakaian yang diuji Wakata, ciptaan penyelidik Yoshiko Taya, direka untuk membunuh bakteria, menyerap air, melindungi badan dan mampu kering dengan cepat. Ia juga kalis api, anti statik di samping selesa dan bergaya...

Ulasan: Pakaian zahir yang busuk menjadi masalah kepada pemakai dan orang lain. Begitu juga dengan HATI kita yang tidak di jaga dan di gilap akan membusuk dengan akhlak buruk dan akan menyusahkan semua. Jagalah hati.

Barak sertai Netanyahu

BAITULMAQDIS 24 Mac - Bakal Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Ehud Barak hari ini mencapai persetujuan untuk membentuk perikatan antara Parti Likud dan Buruh dalam menubuhkan kerajaan…

Ulasan: Ceritanya sama saja. Penduduk Arab yang beragama Islam dan Kristian akan kena dera lagi dan lagi seperti apa yang telah sepanjang 60 tahun penjajahan Israel ke atas Palestin. Dengan HAMAS, Insya Allah, penduduk Arab akan berbangga.

2 pendakwa raya Indonesia ditahan

JAKARTA 24 Mac - Dua pendakwa raya wanita di Indonesia ditangkap kerana didakwa menjual beratus- ratus pil ekstasi.
Esther Thanak, 40, dan Dara Veranita, 37, ditahan semalam dalam skandal terbaru yang menggegarkan pejabat Peguam Negara Indonesia.
Kedua-dua wanita dituduh menjual 343 pil ekstasi kepada seorang pengedar dadah, lapor agensi berita rasmi Antara.
Seorang pendakwa raya dihukum penjara 20 tahun dan beberapa lagi diturunkan pangkat pada tahun lepas kerana peranan mereka dalam skandal rasuah yang melibatkan seluruh pejabat Peguam Negara.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berjanji untuk membersihkan Indonesia daripada reputasinya sebagai sebuah negara paling korup di dunia, semasa beliau dipilih pada 2004…

Ulasan: Komisi Pemberantasan Korupsi Republik Indonesia (KPK) di letakkan di bawah parliament dengan visi untuk wujudkan Indonesia yang bebas dari korupsi (rasuah). Kita pula masih di bawah PM, walaupun kita sudah tukar nama dari BPR ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Setakat ini nampak sibuk tapi...

Beri saya saf padu – Najib

KUALA LUMPUR 24 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu barisan kepimpinan yang setia, berintegriti, berkebolehan dan berdedikasi untuk bersama-sama beliau meneruskan perjuangan UMNO sebagai pembela nasib rakyat.
Dalam ucapan yang ringkas tetapi sarat dengan pesanan dan peringatan, Timbalan Presiden UMNO itu juga mahu kepimpinan beliau sebagai Presiden parti kelak disokong oleh sekumpulan pemimpin yang ampuh dan padu.
Kata Najib, amanah yang dipikul oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan diserahkan kepadanya dalam suasana yang begitu mencabar kepada parti dan negara.
Oleh itu, katanya, tergalas di bahu beliau satu tugas besar bagi meneruskan tanggungjawab mulia UMNO membela untung nasib rakyat…

Ulasan: UMNO sibuk melaungkan 'Hidup Melayu' bila bersidang. Apalah gunanya hidup Melayu yang jati dirinya sudah tiada. Laungan itu tiada apa-apa ertinya kerana lebih 50 tahun di beri peluang membela bangsa Melayu, perjuangan tersebut masih tak selesai juga. Apa tidaknya kerana pelbagai peringkat pemimpin UMNO sibuk mengaut khazanah negara melalui kroni dengan cara yang tidak sah. Ada ke pemimpin UMNO yang hidupnya tak kaya?

Hishammuddin sebak lepas Ketua Pemuda

KUALA LUMPUR 25 Mac - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini disulami perasaan sebak sehingga menitiskan air mata ketika melepaskan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dengan amanat supaya seluruh ahli sayap itu tidak menderhakai wadah perjuangan parti untuk orang Melayu.
Berucap merasmikan Perhimpunan Agung Pemuda di sini, beliau berkata, sepanjang 11 tahun menerajui kepimpinan Pemuda, dirinya tidak pernah mengkhianati orang Melayu…

Ulasan: Sebagai Menteri Pelajaran yang mempertahankan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris tapi masih menganggap dirinya tidak pernah mengkhianati orang Melayu. Bertanyalah pakar bahasa.

GMP kekalkan perjuangan

KUALA LUMPUR 24 Mac - Gerakan Memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMP-PPSMI) menolak dakwaan bahawa mereka mulai alpa dalam perjuangan menghapuskan PPSMI.

Pengerusinya, Datuk Dr. Hassan Ahmad menegaskan, pertemuannya dengan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein baru-baru ini bertujuan memahami serta mendalami pendirian masing-masing berhubung isu pelaksanaan PPSMI.

''Malangnya, pertemuan dalam suasana yang ceria itu menimbulkan pelbagai persepsi dan tohmahan kepada GMP.

''Perjuangan kami masih kekal iaitu mahu memansuhkan pelaksanaan PPSMI dan ini sedang dalam kajian kementerian untuk dipertimbangkan termasuk akan diusulkan ke Kabinet dalam jangka masa terdekat,'' katanya pada sidang akhbar Gelombang Kedua GMP di Rumah Pena di sini hari ini.

Turut hadir Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

Menurut Hassan, pertemuannya dengan Hishammuddin 19 Mac lalu dibuat dalam keadaan santai dan diplomasi.

Suasana itu, jelasnya, menimbulkan persepsi bahawa GMP tidak serius dan sudah alpa akan perjuangannya menghapuskan PPSMI.

Katanya, pandangan seperti itu tidak benar sama sekali dan GMP sehingga hari ini masih meneruskan usaha menghapuskan pelaksanaan PPSMI dan mendesak kerajaan menukar kembali dasar pembelajaran seperti sebelum tahun 2003.

''Malah, kami berjaya mengusulkan supaya dilakukan transformasi kurikulum di peringkat sekolah rendah dan prasekolah sebagai gantian kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

''Selain itu, perbincangan kami juga berkisar tentang perbincangan mewajibkan pengajian Sejarah di sekolah rendah,'' katanya.

Menyentuh tentang siasatan pihak polis berhubung tindakan GMP menganjurkan perhimpunan membantah pelaksanaan PPSMI, Hassan memberitahu, beliau telah memberi kenyataan kepada polis dan masih belum mendapat maklum balas.

''Saya difahamkan sekumpulan polis akan datang ke sini (Rumah Pena) hari ini untuk mendapatkan keterangan daripada kami.

''Tapi, masih belum muncul lagi. Tunggu dan lihat saja lah,'' katanya.

Ulasan: Lawan tetap lawan, kerana rakyat bersama-sama GMP. UMNO sebagai pagar yang makan padi. Lebih 50 tahun kita merdeka, rupa-rupanya UMNO masih mengagungkan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu yang di ilhamkan oleh Tun Mahathir bersendirian yang jelas bertentangan dengan Dasar Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan PPSMI adalah tidak sah di sisi undang-undang kerana bertentangan dengan Seksyen 2 dan Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan bercanggah dengan kehendak dan tujuan Perkara 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan BN/UMNO sendiri yang tidak patuh kepada undang-undang negara. Bagaikan ketam menyuruh anaknya berjalan betul.

Friday, March 20, 2009

Tentera AS di Afghan ditambah dua kali ganda

WASHINGTON 19 Mac - Presiden Barack Obama merancang untuk menambah bilangan tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan kepada dua kali ganda bagi mewujudkan kestabilan di negara itu.
Langkah itu akan meningkatkan jumlah anggota tentera dan polis di Afghanistan kepada 400,000 orang, menurut laporan New York Times, yang memetik sumber pentadbiran kanan dan pegawai Pentagon.
Jumlah tentera Afghanistan kini adalah seramai 90,000, manakala anggota polis kebangsaan berjumlah 80,000 orang.
Pentadbiran Obama sedang berusaha memperkenalkan strategi baru untuk Afghanistan dan dijangka diumum minggu depan.
Pada 9 Mac lalu, Obama telah mengumumkan penghantaran sekurang-kurangnya 17,000 tentera Amerika Syarikat (AS) yang akan ditarik keluar dari Iraq menjelang September ini, menjadi kumpulan besar pertama tentera AS diundurkan dari bumi Iraq, sejak Obama mengumumkan pelan pengunduran tenteranya dari negara Teluk itu.
Jumlah tentera AS di luar AS kini berjumlah 120,000 orang, tidak termasuk di bumi Afghanistan…

Ulasan: Rupanya Obama menipu kita dengan mengurangkan tenteranya di Iraq tetapi menambahkannya di Afghanistan. Sepatutnya AS keluarkan semua tenteranya dari bumi Islam. Mungkin ajal kebanyakan tentera AS ialah di Afghanistan. Ayuh persiapkan keranda kerana setakat ini penjajah Afghanistan akan kalah.

Israel tahan 10 pemimpin kanan Hamas

RAMALLAH 19 Mac - Tentera Israel menawan 10 pemimpin kanan Hamas di Tebing Barat.
Jurucakap tentera Israel hari ini berkata, 10 anggota Hamas yang merupakan pemimpin Hamas di Judea dan Samaria (Tebing Barat) ditahan malam tadi.
''Antara mereka yang ditahan ialah empat ahli perundangan Hamas,'' kata jurucakap itu.
Tambah beliau, pejuang-pejuang itu ditahan dalam satu operasi ketenteraan bersama dan keselamatan dalam negeri…

Ulasan: Ya Allah berikan kesabaran dan pertolongan kepada semua saudara kami yang di tangkap dan di penjarakan oleh regim haram Israel.

Dadah, limau madu beracun

NARATHIWAT (Selatan Thailand) 19 Mac - Masalah penyeludupan dadah dan limau madu dari negara ini yang dikatakan mengandungi racun 'Ethion' menjadi fokus utama Mesyuarat Agensi Kerjasama Maklumat Sempadan (Bicam) siri 1/2009 di sini.
Mesyuarat yang melibatkan agensi keselamatan dari kedua-dua negara itu bertujuan membincangkan isu-isu sempadan Kelantan dan Selatan Thailand.
Delegasi dari Kelantan diketuai Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II, Amir Hamzah Ibrahim dan disertai 30 pegawai dari pelbagai agensi manakala wilayah Selatan Thailand diwakili, Gabenor Narathiwat, Vinai Kuruwannapong.
Amir Hamzah ketika bercakap kepada pemberita berkata, dua isu itu menjadi topik utama perbincangan dalam mesyuarat tersebut.
Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan membangkitkan isu limau madu yang dibawa masuk ke Malaysia dan mengandungi racun Ethion berlebihan sehingga mengancam kesihatan pengguna.
Menurutnya, racun tersebut dipercayai memberi kesan letih dan kurang berselera makan.
''Masalah tersebut telah berlarutan dan kita pernah mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa Thailand tetapi tidak mendapat perhatian," ujarnya.
Tambahnya, Jabatan Kesihatan Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang membawa masuk limau madu bagi menjamin kesihatan pengguna di Malaysia.
''Mereka yang bersalah boleh diambil tindakan mengikut Akta Makanan 1985," katanya…

Ulasan: Terima kasih kepada Jabatan Kesihatan yang begitu berhati-hati menilai import buah limau madu. Duit kita habis membeli buah limau madu yang beracun. Bagaimana pula hasil pertanian tempatan?

Madihah ditaja tunai umrah

KOTA BHARU 19 Mac – Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal bersyukur kerana hasratnya untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bakal menjadi kenyataan apabila sebuah syarikat swasta, Hijaz Trade Corporation bersetuju membiayai kos dan perbelanjaan ke sana…

Ulasan: Cukuplah publisiti untuk pelajar berjaya. SPMnya sudah berlalu dan menjadi kenang-kenangan. Bangun terus untuk berjaya dalam peperiksaan yang menunggu di depan. Fikirlah gaya negara maju: Banyak lagi yang boleh di buat supaya 300,000 pelajar skor 20A dalam SPM di masa depan.

Anwar, Guan Eng bercanggah

KUALA LUMPUR 19 Mac - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan khabar angin bahawa timbalannya, Mohamad Fairus Khairuddin telah meletak jawatan.
Guan Eng mendakwa, perkara itu disahkan sendiri oleh Mohamad Fairus semasa dihubungi oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri tersebut.
''Saya rasa buat masa ini beliau (Fairus) masih Timbalan Ketua Menteri I," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Desas-desus mengenai peletakan jawatan Mohamad Fairus tersebar luas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa beliau ingin meletak jawatan dan sudah menyampaikan hasrat itu kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Melalui SMS itu juga, Mohamad Fairus dikatakan berhasrat meninggalkan pakatan pembangkang kerana tidak sehaluan dengan kepimpinan PKR.
Mengenai masa depan timbalannya itu, Guan Eng memberitahu: ''Anda tidak mampu menjangka apa yang akan berlaku pada masa depan."
Sementara itu, Anwar ketika ditemui mendakwa, Mohamad Fairus pernah bertemunya bagi memaklumkan tidak dapat bersama-sama beliau dan barisan kepimpinan pakatan pembangkang untuk berada di dua kawasan pilihan raya kecil akan datang…

Ulasan: Berhati-hatilah bila berbeza pendapat. Jangan sampai BN/UMNO menjadi hero jadian dengan merampas demokrasi seperti yang berlaku di Perak. Media perdana akan terus mengapi-apikan sehingga kerajaan yang prihatin dengan rakyat berkecai.

Melayu boleh terpinggir

BERA 19 Mac - Orang Melayu diingatkan bahawa gejala perpecahan yang timbul sekarang ini akan menyebabkan mereka terpinggir di tanah air sendiri.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, adalah jelas perpecahan orang Melayu kepada beberapa parti politik menjadikan suara mereka semakin kecil.
Keadaan itu juga, katanya, menyebabkan Melayu tidak lagi dihormati oleh pihak lain yang mempunyai kepentingan politik dan mengamalkan perkauman sempit.
''Sekiranya orang Melayu terus alpa dan berpecah, tidak mustahil keadaan yang dibimbangi iaitu kaum Melayu menjadi pengemis di negara sendiri akan menjadi kenyataan.
"Sekiranya keadaan itu sudah berlaku, sebarang penyesalan sudah tidak bererti lagi," katanya ketika berucap merasmikan Malam Kesenian Islam sempena Sambutan Maulidur Rasul Felda Kumai dekat sini malam tadi…

Ulasan: Terlalu banyak perkara yang di laksanakan oleh UMNO sewaktu di ambang kekusaannya yang boleh menyebabkan kaum Melayu menjadi pengemis di negara sendiri. Biar jadi pengemis yang bermaruah dari menjadi tuan tanah yang hilang jati diri.

PPSMI: Maklum balas masih terbuka

PUTRAJAYA 19 Mac – Kementerian Pelajaran masih membuka ruang untuk mendengar pandangan pelbagai pihak mengenai kedudukan muktamad dasar pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, suara dan hasrat dari semua peringkat akar umbi akan didengar dan setiap maklum balas diteliti serta diambil kira sebelum keputusan akhir dibuat…

Ulasan: Rakyat telah memberi kuasa kepada BN/UMNO memerintah negara. Rupa-rupanya di paksakan ke atas rakyat supaya melupakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kerajaan telah membazirkan RM3 bilion untuk PPSMI yang tidak pernah di sokong oleh sebarang pakar bahasa. Yang untung ialah kroni yang bekalkan alat bantu mengajar. Yang rugi ialah rakyat. Sampai hati BN/UMNO menjadi jadi pagar makan padi di depan mata kita. Negara maju seperti Rusia, China, Perancis, Jepun, Jerman pun hebat dan jauh ke depan walaupun tidak melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Musnah bahasa Melayu bila UMNO memerintah lagi.

Thursday, March 19, 2009

4 beradik minta tidak dipisahkan

JASIN 18 Mac – “Tolong jangan pisahkan saya dengan adik-adik, kalau nak bawa mereka pergi ke rumah kebajikan, bawa saya juga.”
Itu rayuan Nur Nabila Osman, 17, kakak sulung kepada empat beradik yang kematian ibu Sabtu lalu.
Mereka kini hilang arah dan tempat bergantung.
Ibu adik-beradik malang itu, Maimunah Kasim, 52, meninggal akibat Hepatitis B dan bapa mereka lesap entah ke mana sejak empat tahun lalu.
Harapan empat beradik itu untuk menumpang kasih dan terus menetap bersama datuk mereka, Kasim Maa‘rof, 80, juga tidak kesampaian.
Selain faktor sumber kewangan yang amat terhad, pasangan warga emas itu terlalu uzur untuk memelihara adik-beradik itu.
Lantas Kasim merancang untuk ‘memisahkan’ empat cucunya itu dengan menghantar dua daripada mereka ke rumah kebajikan...

Ulasan: Memang akhir sekali Jabatan Kebajikan Masyarakat akan mengambil alih. Tapi sebelum itu berlaku, kalaulah jiran berdekatan atau orang sekampung boleh menguruskan serba serbi supaya kebajikan orang susah atau pesakit terjaga tentulah lebih baik. Ini menunjukkan masyarakat kita prihatin. Atau kita kembangkan sedikit kepada orang se pekan, orang se bandar, atau se negeri atau kalau semuanya daif sangat seluruh warga negara. Jangan sampai kita yang majoriti tidak berbuat apa-apa untuk membantu orang lain yang minoriti yang tidak bernasib baik. Berbagai kegiatan bermanfaat boleh di lakukan sekiranya kita bersama-sama. Bangunlah dan tinggalkan suasana selesa di dalam rumah kita untuk bersama-sama membantu orang lain.

Fitnah paling buruk

KUALA LUMPUR 18 Mac - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan dakwaan bahawa beliau melakukan konspirasi bagi memastikan calon Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd.Ali Rustam tidak layak bertanding pada pemilihan parti minggu depan sebagai satu tohmahan dan fitnah.
Sambil menafikan dakwaan itu dengan sekeras-kerasnya, Muhyiddin yang turut bertanding jawatan berkenaan berkata, perwakilan seharusnya tidak terpengaruh dengan dakyah tersebut kerana ia seolah-olah mempertikaikan kewibawaan dan kebebasan Lembaga Disiplin UMNO yang menjatuhkan hukuman ke atas Ketua Menteri Melaka itu.
"Kenapa perlu mempersoalkan kewibawaan Lembaga Disiplin, seolah-olah kalau Muhyiddin suruh, dia buat (jatuh hukuman), kalau Muhyiddin tak suruh, dia tak buat. Siapalah saya? Perwakilan kena fikir, mereka tidak harus terpengaruh begitu, apakah Lembaga Disiplin tidak ada status bebas dan berwibawa sehingga mudah terpengaruh dengan orang sekerdil saya ini bagi menentukan hukuman?
"Dalam soal ini, mereka yang terlibat harus lihat pada diri sendiri dan bukannya bila hukuman dijatuhkan maka orang lain disalahkan sedangkan orang yang melakukan perbuatan itu seolah-olah tidak bersalah," katanya dalam pertemu an khas dengan Utusan Malaysia di kediamannya, di sini hari ini…

Ulasan: Bila Naib Presiden Umno, bekas Menteri Besar Johor dan kini Menteri Pertanian pun masih menganggap dirinya kerdil, macam ada sesuatu yang tak kena.

Wednesday, March 18, 2009

Dua lelaki Uighur Islam dipenjara

BEIJING 17 Mac - Pihak berkuasa di barat China yang dihuni oleh minoriti penduduk Islam menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas seorang lelaki kerana mengadakan beberapa perhimpunan aman.
Sementara itu, seorang lagi lelaki dihukum menjalani lapan tahun penjara atas kesalahan menaikan bendera pengikut faham pemisahan…

Ulasan: Buat perhimpunan aman kena hukum. Apatah lagi buat perhimpunan haram. Untuk mengelakkan masalah di masa depan di syorkan supaya China memberikan autonomi kepada penduduk Islam di Singkiang.

Buruh maut dihempap kren patah

PETALING JAYA 17 Mac - Seorang buruh warga Indonesia maut apabila dihempap sebatang tiang besi kren yang tiba-tiba patah di tapak pembinaan sebuah kondominium di SS2/95, di sini hari ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Sapri Mohamed, 50, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badannya.
Dalam kemalangan pada pukul 2.20 petang itu, mangsa yang memiliki taraf penduduk tetap (PR) dikatakan sedang bekerja di tingkat 30 bangunan tersebut.
Bagaimanapun tiba-tiba sebatang tiang besi kren yang berada di atasnya patah, lalu menghempap mangsa…
&
Penyelia maut dihempap konkrit bina kondominium
KUALA LUMPUR 17 Mac - Seorang penyelia maut setelah dihempap sebatang konkrit ketika bekerja di tapak pembinaan kondominium di Taman Desa, Batu 3 1/2 Jalan Klang Lama, dekat sini hari ini.
Dalam kejadian malang kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu, mangsa, Ng Hai Oun, 55, berada di dalam pejabatnya iaitu sebuah kontena, apabila secara tiba-tiba konkrit berkenaan terjatuh dan menghempapnya.
Nahas tersebut mengakibatkan mangsa cedera parah di seluruh anggota badan akibat tersepit dan meninggal dunia serta-merta.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Bari Wan Abdul Khalid berkata, kejadian berlaku ketika konkrit itu sedang dipindahkan dari lori ke tapak pembinaan menggunakan kren.
"Tiba-tiba tanah di kawasan tersebut mendap sedikit dan menyebabkan kedudukan kren itu berubah.
"Keadaan itu mengakibatkan konkrit yang diangkat terjatuh lalu menghempap sebuah kontena yang dijadikan pejabat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini…

Ulasan: Negara maju mengamalkan prosedur keselamatan yang tinggi. Kita di negara yang bukan maju pula mengamalkannya sebagai budaya kerja yang di paksa bukan budaya hidup kita. Banyak kemalangan boleh di elakkan kalau kita berhati-hati. Rugi bila kita kehilangan pekerja dan tapak bina di tutup untuk penyiasatan.

Guru diberi kuasa rampas telefon bimbit

PUTRAJAYA 17 Mac - Kementerian Pelajaran hari ini memberi kuasa penuh kepada pihak sekolah khasnya guru disiplin untuk merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, semua sekolah telah dimaklumkan supaya tegas dalam melaksanakan arahan itu kerana sebelum ini terdapat sekolah yang teragak-agak untuk mengambil tindakan tersebut.
''Peraturan menghalang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah telah lama diwujudkan tetapi ada sekolah yang masih serba salah untuk merampas telefon bimbit pelajar.
''Tetapi mulai esok, peraturan ini akan dikuatkuasakan sepenuhnya di mana pihak sekolah perlu merampas semua telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Induk Menangani Gejala Disiplin Murid di sini hari ini…

Ulasan: Bagus juga kerana banyak masa anak kita terbazir dengan keasyikan menggunakan telefon bimbit.

Tuesday, March 17, 2009

UMNO, Pas perlu berkorban

KUALA LUMPUR 16 Mac - UMNO dan Pas perlu mencari mekanisme terbaik jika kedua-dua parti itu mahu meneruskan hasrat mereka untuk bergabung.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, kedua-dua parti itu juga perlu bersedia untuk berkorban dan ikhlas menerima sebarang perubahan terutamanya perkara yang membabitkan prinsip serta ideologi masing-masing.
"Bercakap memang mudah, tetapi hendak melaksanakan, ia satu perkara yang sukar jika kedua-dua parti tidak ada keikhlasan untuk menjayakannya.
"Jika Pas hendak sertai Barisan Nasional (BN), kita kena cari mekanisme terbaik bagi menjayakannya, kedua-dua parti perlu ada keikhlasan dan banyak berkorban,"katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang mencadangkan kewujudan kerajaan perpaduan yang menggabungkan BN khususnya UMNO dan Pas yang merupakan impian seluruh orang Melayu di negara ini…

Uasan: Pas nak masuk BN lagi? Orang lurus (PAS) mudah di MAKAN oleh yang licik (BN/UMNO). Tak serik-serik PAS kena gigit dari lubang yang sama berkali-kali?

Hentikan politik keterlaluan

IPOH 16 Mac - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menggesa semua pihak menghentikan tindakan politik keterlaluan termasuk mengadakan perhimpunan haram kerana ia boleh mengheret negara ke kancah darurat ekonomi…

Ulasan: Semua pihak sewajarnya hanya hadir ke perhimpunan aman. Di negara maju perhimpunan aman berlaku dengan kerjasama polis. Elakkan perhimpunan haram. Pihak polis sewajarnya bertindak profesional bukan di sebabkan politik keterlaluan. Polis sepatutnya bersikap neutral. Begitu juga kita menghentikan tindakan politik keterlaluan bila merampas demokrasi di depan mata rakyat seperti yang pernah berlaku di Terengganu dulu.

Monday, March 16, 2009

4 MP Britain temui Hamas

DAMSYIK 15 Mac - Empat anggota Parlimen Britain telah bertemu dengan pemimpin Hamas, Khaled Meshaal semalam dan mendesak kerajaan untuk menamatkan boikot ke atas kumpulan pejuang Palestin itu untuk 'mencapai keamanan yang saksama.'
"Kita perlu berbincang dengan Hamas untuk mewujudkan kemajuan (ke arah keamanan) kerana mereka mewakili sebagai besar penduduk Palestin," kata anggota Parlimen dari parti pemerintah Britain, Parti Buruh, Clare Short.
Britain, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) sebelum ini berkeras untuk tidak berurusan dengan Hamas sehinggalah ia mengiktiraf Israel, menamatkan perjuangan bersenjata dan menerima perjanjian damai sementara. – Reuters….

Ulasan: Tidak mungkin untuk orang merdeka untuk mengiktiraf penjajah yang merampas negaranya. Sama ada dia atau kita musnah. Kasihan Israel kerana menjadi penjajah dan hidup bergantung kuasa besr lain. Tunggulah akan tiba kuasa besar Islam...

MBI roboh plak bawah 'pokok demokrasi'

IPOH 15 Mac - Plak peringatan yang dibina pakatan pembangkang di bawah 'pokok demokrasi' di sini dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini.
Difahamkan tindakan merobohkan plak tersebut dilakukan oleh kakitangan MBI pada pukul 7 pagi.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan negeri, Dr. Mah Hang Soon berkata, tindakan itu dibuat mengikut peruntukan undang-undang…

Ulasan: Nanti sejarah akan memahat bahawa Perak ialah negeri berlakunya rompakan demokrasi dari rakyat.

Mayat bayi lelaki dan janin ditemui dalam tong sampah

KUALA LUMPUR 15 Mac – Kejam dan menyayat hati. Dua mayat bayi dibungkus dengan kertas surat khabar dan dipercayai dicampak ke dalam tong sampah di Blok 13, Flat AU3/1, Taman Keramat dekat sini hari ini.
Kejadian itu disedari oleh seorang penduduk yang ternampak bungkusan pelik ketika hendak membuang sampah kira-kira pukul 8.30 pagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan Amiruddin Jamaluddin berkata, lelaki itu yang memeriksa bungkusan tersebut menemui mayat seorang bayi lelaki…

Ulasan: Kebiasaannya bermula dari pergaulan bebas yang membawa kepada seks bebas, ZINA. Bila diri rela dan sudi di setubuhi oleh seorang lelaki atau ramai lelaki maka hasilnya di tanggung sendiri walaupun semua yang terlibat menanggung dosa. Bermula dengan keseronokan haram waktu berzina bertukar menjadi pembunuhan. Tinggalkan diri di kejar noda sepanjang hidup. Zina hanya merendahkan martabat insan. Hidup lebih mulia tanpa zina.

Gabungan UMNO-Pas impian orang Melayu

KUALA LUMPUR 15 Mac - Cadangan untuk mewujudkan satu kerajaan perpaduan yang menggabungkan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO dan Pas merupakan impian seluruh masyarakat Melayu di negara ini.
Ia adalah kerana kedua-dua parti tersebut merupakan dua parti terbesar orang Melayu yang selama ini sering bertentangan dalam apa jua isu disebabkan perbezaan ideologi dan prinsip dalam politik.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, segala usaha yang boleh menggerakkan ke arah merealisasikan impian tersebut antaranya mengadakan pertemuan di peringkat kepimpinan parti perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh…

Ulasan: Apakah pisang berbuah dua kali? Apakah PAS begitu mudah melupakan bila di gigit sekali lagi atau memang suka di gigit berkali-kali? UMNO bagaikan orang yang lemas yang akan mencapai apa saja untuk berpaut. PAS jangan menjadi orang lurus yang senang di TIPU oleh UMNO yang licik dalam permainan kotor selama ini. Kepada PAS : Tolong jangan hancurkan harapan ummat yang setia selama ini walaupun di zalimi oleh pemerintah BN/UMNO. Pas sewajarnya smart dalam berpolitik.

Nik Aziz anggap cadangan kerajaan campuran tidak perlu

KOTA BHARU, 15 Mac (Hrkh) - Mungkinkah boleh berlaku negara tanpa pembangkang. semata-mata mahu mengurangkan ketegangan politik di negara ini.
Sebenarnya ketegangan politik yang semakin melampau sekarang berlaku ekoran kejayaan Pakatan Rakyat menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di parlimen pada 8 Mac 2008.
Sedangkan BN tidak mahu menerima hakikat itu
Bagi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat peristiwa lama di mana PAS pernah berada dalam kerajaan campuran BN, kemudian ditendang keluar tidak mudah untuk dilupakan.
"Kami dah dibawa masuk dalam kerajaan campuran dulu tapi BN tidak hargai, bahkan PAS ditendang keluar begitu sahaja, akhirnya cubaan kami masuk dulu gagal, bukan gagal kerana kami, saya sudah perit.
"Selagi saya tidak puas hati dan merasa pahitnya pengalaman dulu, selagi itulah saya perit untuk menerimanya cadangan seperti itu," katanya ketika ditemui pemberita di rumah pelajar cemerlang, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal di Kampung Parang Punting, dekat sini, hari ini…

Ulasan: Masa sekarang ialah untuk bekerja bersungguh-sungguh untuk mengalahkan BN/UMNO dengan menjadikannya parti pembangkang terlebih dulu. Lepas BN/UMNO kalah barulah kita boleh berunding, kalau di anggap perlu, untuk kebaikan negara. Biar kita bina Malaysia Baru di atas kekalahan dan keruntuhan BN/UMNO bukan bersama-sama BN/UMNO yang telah merosakkan negara ini sebegini teruk.

Thursday, March 12, 2009

Rogol: Hati-Hatilah Para Wanita

Tajuk asal: Hati-Hati lah para Wanita oii

MasyaAllah..

1. Statistik rogol dari Malaysian Crime Prevention Foundation:
1993: 869
1994: 965
1995: 1029
1996: 1098
1997: 1429
1998: 1539
1999: 1457
2000: 1210
2001: 1354
2002: 1418

2. Statistik rogol mengikut laporan Berita Minggu, mengikut apa yang Dr Rais bentang pada kabinet:
2000: 1217
2001: 1386
2002: 1431
2003: 1479

3. Statistik rogol di Arab Saudi, yang mengamalkan hudud pada tahun 2000 (NationMaster.com)
2000: 87 kes.

4. Statistik rogol di UK, yang mengamalkan common law, undang-undang yang ditiru oleh Malaysia pada tahun 2000. (NationMaster.com)
2000: 8593 kes.

Ini bermaksud di Malaysia pada tahun 2003, lebih kurang 4 kes rogol berlaku setiap hari. Sebab tu apabila media melaporkan ada kes rogol setiap hari, ia bukan bermaksud sekarang musim rogol. Tetapi sebenarnya memang setiap hari ada berlaku kes rogol. Sama ada ia dilaporkan atau tidak sahaja oleh akhbar. Ingat, ini kes yang dilaporkan dan kita tidak tahu berapa banyak lagi kes yang tidak disenyapkan oleh mangsa.

Entri kali ini tidak berkisar kepada hukuman apa yang wajar. Tetapi apa yang Islam sudah suruh pada semua, baik wanita, lelaki, keluarga dan keseluruhan anggota masyarakat. Sebagai langkah pencegahan awal:

1. Wanita seharusnya keluar berteman.
Peringatan ini sudah jelas disebut dalam hadis-hadis yang sahih. Jangan keluar melainkan dengar mahram. Ini bermaksud, mak bapak perlu main peranan penting. Apa kejadahnya kalau mak bapak buat tak kisah anak dara keluar seorang diri. Mahu cari nahas?

Yang pelik, bila kita bangkitkan hal ini, maka bertalu-talulah disebut Islam mengongkong kebebasan wanita. Kenapa pada zaman moden ini masih perlu begitu? Wanita moden sudah pandai berdikari dan menjaga keselamatan diri. Barangkali sudah lihat anak dirogol baru mahu menyesal?

2. Jangan keluar dating walaupun dengan boyfriend dan tunang.
Ini juga sudah disebut dalam hadith. Kalau dating, orang ketiga adalah syaitan. Tapi kadang-kadang emak dan bapak buat tak kisah lagi-lagi kalau yang ajak keluar tu tunang anak dia. Anak-anak memanglah suka. Apa kejadahnya kalau baru bertunang sudah dianggap dapat lesen besar. Sudah terusik dan ditinggalkan baru menangis tidak berlagu.

Laporan All Women Society (AWAM) dalam satu buku bertajuk The Rape Report: An Overview of Rape in Malaysia (2002) menyebut daripada 6 jenis kes rogol, 2 daripadanya berpunca dari perjumpaan pasangan lelaki-perempuan (kekasih/kenalan) yang bermula dengan kerelaan sendiri untuk berbuat seks ataupun ditipu. Kalau tak keluar dating dari awal, sudah tentu perogolan tidak berlaku.

3. Pisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila sudah mencapai umur mumaiyyiz.
Ini juga disebut dalam hadith. Sebab itu rumah yang terbaik dalam Islam paling kurang ada 3 bilik tidur. Sebab antara kes rogol yang berlaku juga melibatkan adik-beradik dan juga si bapa dan datuk yang meletakkan otak dan akal mereka di kepala lutut. Pemisahan tempat tidur ini juga sebagai langkah awal membasmi dan mencegah kes-kes sumbang mahram.

4. Tidak memakai pakaian yang seksi, ketat lagi menggiurkan.
Orang yang memakai pakaian begini adakalanya bernasib baik kerana tidak dirogol. Tetapi pemakaian mereka merangsang sesetengah orang untuk melakukan rogol. Bayangkan, kalau keluar KL sahaja seorang lelaki akan lihat puluhan malah ratusan perut, pusat dan peha-peha gebu sudah tentu kalau nafsu tidak dibendung, mangsa-mangsa yang lemah akan menjadi sasaran.

Bukankah lebih baik kalau wanita-wanita ini berpakaian menutup aurat serta melabuhkan pakaian mereka. Lelaki yang kuat nafsunya pasti akan dapat dibantu secara tidak langsung.

Walaupun para ulama mengatakan di hadapan mahram batasan auratnya longgar, tetapi para ibu seharusnya mengingatkan janganlah membenarkan anak-anak perempuan ini memakai seluar pendek ketat dan baju fit di hadapan datuk, bapa, pakcik dan abang serta adik lelaki kerana lelaki ini nafsunya adalah terhadap perempuan.

Bila nafsu menguasai diri, sudah tentu anak atau cucu sendiri pun dikerjakan sampai mati.

5. Isteri jangan tolak permintaan suami untuk 'bersama'.
Di barat, ada undang-undang karut disebut marital rape. Suami merogol isteri. Apa kejadahnya undang-undang ini. Benar, wanita itu bukan simbol seks dan tempat pemuas nafsu suami sahaja. Tetapi pada masa yang sama kena ingat, kalau bukan pada isteri si suami mahu melepaskan hajat, pada siapa lagi?

Dari satu sudut lelaki memang perlu bertolak ansur. Kalau isteri penat, datang haid, baru bersalin dan sebab-sebab lain yang dibenarkan oleh Islam, memanglah tak patut bagi si suami memaksa isteri melayan kehendaknya. Itu memang kejahilan suami dalam mengetuai bahtera.

Tetapi kalau tidak ada sebarang sebab untuk menolak, maka kalau diminta oleh suami maka jangan ditolak. Ini juga disebut dalam hadis-hadis dalam bab perkahwinan. Permasalahan ada mood atau tidak, maka ia perlu dirujuk pada yang pakar bagaimana mahu dapat mood itu kembali, tetapi jangan sampai mengabaikan kehendak suami.

6. Menutup pintu-pintu maksiat.
Segala benda yang mengundang berahi manusia maka janganlah dibenarkan. Video lucah. Majalah lucah. Artis terkangkang. Artis tunjuk buah dada. Artis tayang seluar dalam. Dan pelbagai lagi bahan yang boleh mendorong maksiat.
Kadang-kadang bila mahu mencapai majalah di kedai-kedai mamak, kelihatan majalah-majalah blue ini dengan mudah boleh didapati. Mona Gersang lah. Jeritan batinku. Layan 3 lelaki sekaligus. Abang pemuas nafsuku dan 1001 tajuk lagi. Belum dicampur lagi majalah-majalah barat yang memang menampakkan badan wanita lebih dari kain.

Marilah kita sama-sama melakukan apa yang Islam suruh buat. Memang perogol itu jahat, tetapi kalau kita sendiri sama-sama menyumbang jasa untuk membangkitkan nafsu perogol ini apa ceritanya pula?

Tindakan mahu meminda seksyen 376 Kanun Keseksaan kepada hukuman mandatori adalah baik. Tetapi kalau terus kembali kepada apa yang syariah mahukan adalah lebih baik lagi.

1210(MY) - 87(SA) - 8593(UK) (Statistik rogol NationMaster.com, tahun 2000). Bukankah sudah terbukti hukuman hudud itu mampu mengurangkan jenayah rogol ke tahap paling minima? Kenapa masih degil dan sombong?

Daripada Allah kita diciptakan, dengan sistem Allah kita hidup, dan kepada Allah kita kembali.

http://kawjasindaily.blogspot.com/2006_03_01_archive.html

Ulasan: Dua perkara yang semua orang boleh dan terpaksa setuju, iaitu tiada ada pilihan, iaitu 1. Allah menciptakan kita, dan 2. kepada Allah kita akan kembali. Tetapi yang ketiga melibatkan pilihan kita iaitu apakah kita dengan rela hati hidup kita mengikut sistem Allah? Ikutlah sistem hidup yang di ciptakan Allah iaitu memeluk dan mengamalkan agama Islam dalam seluruh hidup kita, nescaya kehidupan kita akan menjadi bahagia dan aman.

Arming Terrorist Israel

Posted: 11 Mar 2009 11:37 AM PDT
By Dr. Elias Akleh

Since their occupation of Palestine in 1948 to establish illegal Israel in the heart of the Arab World until the present, Zionist Israelis had initiated seven wars against their Arab neighbors. Six of those were waged after 1967 to maintain their occupation of the rest of Palestine, Lebanese Sheb'a Farms, and Syrian Golan Heights; formally recognized by the international community as an occupation.

Israel had maintained its occupation of the land for the last sixty years. The question that poses itself, here, is how a small state like Israel, 7 million Zionist Jews in an area of 8 thousand square miles (excluding the 1967 occupied territories) , could maintain such an occupation against hundreds of millions of Arabs and against the disapproval of the civic (not political) international community? Bullying with extreme brutal force is the answer. Israel is a military society with every Zionist Israeli citizen, from childhood to old age, being militaristic in one form or another. Israel possesses all kinds of weapons including weapons of mass destruction (WMD) such as nuclear and chemical weapons.

Israel did not become the fourth largest army in the world by its own merit, but by the Western countries supplying it with all kinds of weapons. In its February 23rd report "Foreign Arms Supplies To Israel/Gaza Fueling Conflict" amnestyusa.org named 18 EU member states, which authorized 1,018 arms export licenses to Israel worth a little less than 200 million Euros. All these arms exports are in violation of the EU Code of Conduct on Arms Exports under Criterion 2, which states that member states are supposed to "deny an export license if there is a clear risk that the proposed export might be used for internal repression or be used in the commission of serious violations of international humanitarian law". Israel had committed such violations throughout its entire existence.

France, Germany, and Romania were the top three arms suppliers to Israel worth of 126 million Euros, 28 million Euros, and 17 million Euros respectively. Other significant arms suppliers to Israel since 2001 also include alphabetically Austria, Australia, Belgium, Bosnia-Herzegovina, Brazil, Columbia, the Czech Republic, Finland, Hungary, India, Italy, Poland, Romania, Serbia-Montenegro, the Slovak Republic, Slovenia, South Korea, Spain, and UK.

The report also indicated the well-known fact that "Since 2001, the USA has been by far the major supplier of conventional arms to Israel" It also stated the logical conclusion that "Put simply, Israel's military intervention in the Gaza Strip has been equipped to a large extent by US-supplied weapons, munitions and military equipment paid for with US taxpayers' money" What the report failed to indicate is that Israel had violated all the US laws governing arms transfers.

Examining the American military aid to Israel we find that since the end of WWII Israel had been the largest recipient of US aid (Armed & Dangerous Report). From 1949-2007 Israel had received more than $101 billion in total US economic and military aid. A previous Memorandum of Understanding (MOU) between the two countries started phasing out the economic aid and increasing the military aid, and in 2008 all US aid to Israel turned into military aid only. The current MOU, singed by Undersecretary of State Nicholas Burns in August 2007, has increased military aid to Israel by 25% a year for the next ten years FY2009-2018, totaling to $30 billion.

During the Bush administration 2001-2007 American military aid to Israel came under three primary programs; Foreign Military Sales (FMS) ran through the Pentagon totaled $25.2 billion in arms sales and contracts, Direct Commercial Sales (DCS) ran through the States Department totaled $6.16 billion in weapons and equipment, and Excess Defense Articles (EDA) also ran through the Pentagon totaled $36 million in used weapons and equipment. The total comes to a little more than $31.4 billion.

The Foreign Military Sales (FMS) provided Israel with air, missile & munitions, naval, design, vehicles, and miscellaneous military aid. Israel received $19.81 billion for their air forces that included F-35 joint strike fighters, C-130J-30 aircrafts, JP-8 aviation jet fuel, and T-6A Texan aircrafts. In missiles and munitions Israel received $2.73 billion worth of GBU-28 & 39 small diameter bombs, TOW, Hellfire, bunker buster munitions, AMRAAM, Harpoon, Sidewinder, JDAM's, and MK-80 series. US gave Israel $1.9 billion worth of the new series (Littoral) naval combat ships, $164 million worth of troop carrier armored vehicles and trucks, and $253 million worth of miscellaneous in the form of Patriot Missiles upgrade and M72A7 Light Anti-Armor weapons. Also included in this FMS package were $350 million worth of design and construction of two infantry bases.

The Direct Commercial Sales (DCS) program contained about three hundred different categories of weapons transfer to Israel. The main top ten categories for FY2001-2006 were $557,896 million in aircraft spare parts, $449 million in missile spare parts, $439 million in engine jet F-100 spare parts, $254 million in engine jet F-100 series (F-15 & F-16), $210 million in ship components and spare parts, $186 million in aircraft fighter F-15 spare parts, $163 million in electronics components and spare parts, $128 million in ammunition raw materials, and $120 million in training equipment.

The Excess Defense Articles (EDC) program shipped to Israel $36 million worth of used Cobra Helicopters, personnel carriers, carrier command posts, and miscellaneous articles.

The most outrageous American military aid to Israel is the billions of Dollars worth of refined fuel to the Israeli army. Israel's own oil refineries in Haifa and Ashdod, which could supply Israeli military with all its fuel needs, are instead producing and selling its refined products on the open market. The Israeli army gets all its military fuel from the USA through the FMS program. The US Defense Department uses American tax money to buy oil crude from Arab Gulf States, ship it to American refineries to refine it, and then ship it to Israel.

According to documents obtained under the Freedom of Information Act, from 2004 to 2008 the Bush administration had granted the Israeli army 500 million gallons of oil products worth $1.1 billion. During this period the American tax payers were faced with energy crises and had to pay $4 per gallon of gas at the pump while Israel was getting free gas from the Bush administration. Somebody has to pay for this gas, and it wasn't the Israelis.

Moreover, the US provides loan guarantees to Israel so that Israel can take out loans in the international money market with lower interest rates, and if Israel happens to default on any of these loans the US will bail Israel out with American tax money similar to the latest $700 billion bailout for the American banks. There is a condition on these loan guarantees. It states that these loans can only be used to support the activities within the sovereign areas in Israel (pre-1967 war), and cannot be used in the occupied Palestinian territories. This is a facetiously misleading condition, since such loans can free other monies in the Israeli budget to be used in building illegal colonies (settlements) in the occupied territories.

The US has three laws that govern arms transfer to other countries. The first is the Arms Export Control Act (P.L.80-829) . This law states that American weapons given or sold to any foreign country can be used only for legitimate self-defense or for internal security. They are not to be used in occupational operations.

The second is the Foreign Assistance Act (P.L.97-195) , which states that any country is not illegible for any form of US aid if it engages in consistent pattern of gross violations of internationally recognized human rights. The third is the Leahy Law (Foreign Ops Appropriations Act). This is an annual part of the Foreign Appropriations Act, and states that no aid will be given to any unit of the security forces of a foreign country if the Secretary of State has credible evidence that such unit has committed gross violations of human rights. Expanding their occupation of the land the Israelis had violated numerous UN Resolutions, broke international laws as well as their own local laws, violated all human rights, committed grave war crimes, and perpetrated terrorism against Arabs in general and Palestinian Arabs in specific.

It has been, numerously, documented by Israeli, Palestinian, and international NGOs that Israel had consistently violated international laws and human rights since 1948. In all its seven wars Israel, contrary to the false Israeli/American propaganda, had initiated the conflict in one way or another. Israel had attacked all its neighbors, committed war crimes, and occupied parts of their land. The Israelis had evicted hundreds of thousands of Palestinians out of their country, completely wiped off many Palestinian towns and built Israeli colonies in their place, had stolen Palestinian farm land and forcefully controlled the economy. Israel had shoved thousands of Palestinian leaders and freedom fighters into prisons, and kept the rest of the Palestinian populations confined into open air virtual town-prisons within a separation wall.

Attacking Palestinian civilians, mainly defenseless children and women, has become the daily entertainment of Israeli government -backed and armed extreme Zionist colonizing terrorists (settlers?). Israeli soldiers developed the sport of hunting (shooting) Palestinian children on their way to schools or while playing in front of their homes. The Israeli army is using the 1967 occupied Palestinian territories and its Palestinian inhabitants as testing fields and subjects for theirs and for the American newly developed weapons as was exhibited in Israel's latest 22-days onslaught and massacres in Gaza.

Successive Israeli governments had consistently sent their armies to massacre Palestinian civilians. Israeli army had used all types of American supplied weapons; including depleted uranium tipped bombs and missiles, DIME bombs, chemical weapons such as phosphorous bombs and conventional weapons, to specifically and deliberately target Palestinian children and women. We need only go back to the Israeli last two wars; July 2006 against Lebanon and December 2008 against Gaza, still fresh in memory, to witness clear evidence of Israel's terrorism, war crimes, disrespect and contempt of international laws and human rights.

The driving force for the Zionist Israeli crimes and terrorism has been the extreme racist religious ideology of establishing a pure theocratic "Jewish" state for a prejudice- god's chosen people "narcissist Zionist Jews" in the real-estate- brokering-god' s promised land of Greater Israel "Eretz Israel" extending from Nile to Euphrates. This theocratic dream necessitates a holy war (not the first one against the Middle East) to evict and remove the original inhabitants of the land to make living space for world Jewry to come and live in this Promised Land. This is how Israelis perceive their "final solution" to their "Palestinian problem"; destruction, massacres and mass evictions.

Although Israel has violated all EU and US arms transfer laws yet none had conducted any investigation to hold Israel accountable to these laws. The two rare incidents when under pressure the American State Department investigated Israeli violations where completely suppressed and quashed. The first was in 2002 when Israel dropped a one-ton bomb on an apartment building in Gaza City in order to extra-judicially assassinate a Hamas leader, Salah Shehadeh, and killed 14 other civilians, women and children, in the process. This investigation was quashed by none other than John Bolton, the Undersecretary of State for Arms Control and International Security at the time. The investigation was never sent to the Congress in violation of US laws.

The second investigation was in 2006 when Israel dropped an estimated one million cluster bombs on the civilian areas of South Lebanon in the last 72 hours of the war, even after a seize-fire was agreed upon. This was made a top secret State Department investigation and was released to only a few senior members of the Cogress such as the Speaker of the House of Representatives Nancy Pelosi and "Zionist" Joe Biden, the present Vice President. Needless to say that this investigation had never came to light.

Israel is a terrorist entity without any specific borders. It is an expansionist colonizing regime. Its successive governments had disregarded all UN resolutions, broken international laws, violated all human rights, committed holocaustal- level genocides, and perpetrated war crimes against all its neighbors and against mother earth and against the environment.

Yet the Western political power elites justify Israeli terror as a self-defense, and keep transfering more devastating arms to this terrorist entity to wage more future wars and to wreck more havoc in the Arab World. They also distort facts and describe the victims of the Israeli terror, the Palestinians, as terrorists, deny them their legitimate right to bear arms for self-defense, and send their naval war machines and serveillance equipment to tighten the illegal Israeli blockade against Gaza Strip under the guise of preventing "arms smuggling", while at the same time shedding some crockodile tears and call for humanitarian aid to Gaza's Palestinians.

To the Arabs of the Middle East, Israel seems to be a military tool for the Western countries. Hatred towards these Western political regimes is the natural consequences of arming Israel. Should we keep asking "why do they hate us" any more?

* Dr. Elias Akleh is an Arab writer from a Palestinian descent born in the town of Beit Jala. His family was first evicted from Haifa after the "Nakba" of 1948, then from Beit Jala after the "Nakseh" of 1967. He lives now in the US, and publishes his articles on the web in both English and Arabic.

Comment: One day Israel shall be defeated.

Tuesday, March 10, 2009

Tiada dalang dalam GMP

KUALA LUMPUR 9 Mac – “Saya sendiri tidak rela dipanggil boneka kerana apa yang saya perjuangkan ini adalah berdasarkan kepada akal dan ilmu saya.

“Saya boleh berfikir, ada jiwa, saya makhluk Allah dan saya bukan monyet. Tidak ada dalang di belakang GMP tetapi jika hendak cakap juga, terserahlah.’’

Demikian ditegaskan Pengerusi Gerakan Memansuhkan Pendidikan dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMP), Datuk Dr. Hassan Ahmad ketika menafikan bahawa perjuangan menghapuskan dasar itu tidak pernah didalangi mana-mana pihak.

Beliau berkata, ia sebaliknya terbit daripada kesedaran para pejuang bahasa untuk memartabatkan bahasa Melayu dan bahasa ibunda di negara ini.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak tertentu tidak menuduh GMP sebagai alat tunggangan politik pembangkang hanya semata-mata adanya pembabitan pemimpin parti pembangkang dalam perhimpunan dan perarakan kelmarin.

Sambil mengingatkan GMP bukannya boneka yang mudah diperalatkan oleh mana-mana pihak termasuk parti politik, beliau berkata, pejuang bahasa dalam badan itu mempunyai prinsip, maruah dan teras perjuangan yang jelas.

“Tidak ada dalang dalam perhimpunan dan perarakan yang berlaku kelmarin. Semuanya berlaku secara spontan iaitu atas kesedaran masing-masing. Bagi saya mereka merupakan penyokong kepada perjuangan GMP.

“GMP bukannya boneka dan GMP juga bukan wayang kulit. Satu penghinaan bagi kami jika ada orang yang sanggup menggelar kami dengan perkataan itu. Kami bukan alat mana-mana pihak,’’ tegasnya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat GMP di rumah Pena di sini hari ini.

Semalam Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perhimpunan membantah pelaksanaan PPSMI jelas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demonstrasi jalanan kelmarin.

Hishammuddin berkata, berdasarkan apa yang berlaku jelas memperlihatkan bahawa pertimbangan mereka bukanlah bersandarkan perjuangan pendidikan kerana sanggup melanggar undang-undang, mengaitkan institusi istana dan mencemarkan imej masjid.

Dalam hubungan ini Hassan berkata, matlamat GMP jelas iaitu mahu kerajaan mengembalikan semua dasar lama iaitu pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik hendaklah diajar dalam bahasa Melayu dan bahasa ibunda masing-masing bagi kaum Cina dan India dan bukannya bahasa Inggeris.

“Misi GMP jelas iaitu PPSMI perlu dimansuhkan segera kerana ia akan merosakkan bahasa Melayu dan bahasa ibunda secara keseluruhannya.

“PPSMI akan menyekat perkembangan bahasa Melayu khususnya sebagai bahasa sains dan teknologi.

“Dasar yang lama dahulu sudah cukup baik dan sudah cukup cantik tetapi mengapa tiba-tiba ia diubah hingga membantutkan perkembangan bahasa kita,” ujarnya.

Justeru katanya, jika perjuangan pihaknya itu mendapat sokongan daripada beribu-ribu orang termasuk pembangkang, badan itu tidak boleh menolaknya sebaliknya penghargaan perlu diberikan kepada mereka kerana mendokong misi GMP.

Ulasan: Tahniah kepada yang telah hadir ke Himpunan 100,000 Rakyat Memansuhkan PPSMI pada Sabtu, 7/3/09 di KL. Bersama-sama kita melakarkan sejarah perjuangan menyelamatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Cukuplah tulisan jawi lupus sewaktu UMNO memegang kuasa di negara ini. Selagi tidak di mansuhkan Dasar PPSMI oleh kerajaan BN/UMNO selagi itulah rakyat akan berhimpun lagi dan lagi menyatakan ketidakpuasan hati kita. Mana ada negara yang menjadi maju dengan meninggalkan bahasa sendiri? Mari kita pertahankan terus Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan dan bahasa ilmu seperti pernah berlaku sebelum ini (sehingga 2003).