KUALA LUMPUR 3 Mac - Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini berkata tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar dan 27 anggota dewan yang terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas menghadiri persidangan dewan di bawah pokok adalah satu tindakan yang tidak bertamadun.
“Ia juga merupakan satu penghinaan kepada Sultan Perak (Sultan Azlan Shah).
Apa yang pembangkang buat ialah melaksanakan undang-undang rimba ,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.
Ulasan: Bila bangunan untuk sidang DUN di tutup oleh pihak tertentu TERPAKSALAH sidang itu di adakan di bawah pokok. Pihak yang mengarahkan penutupan bangunan itu sepatutnya MALU dengan kes yang berlaku. Perbuatan merancang dan melaksanakan rompakan demokrasi dari kerajaan yang prihatin kepada rakyat itulah tindakan yang tidak bertamadun dan yang sebenarnya undang-undang rimba. Entah bagaimana BN/UMNO terlupa Speaker yang rupanya mempunyai kuasa yang unik.
No comments:
Post a Comment