BERA 19 Mac - Orang Melayu diingatkan bahawa gejala perpecahan yang timbul sekarang ini akan menyebabkan mereka terpinggir di tanah air sendiri.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, adalah jelas perpecahan orang Melayu kepada beberapa parti politik menjadikan suara mereka semakin kecil.
Keadaan itu juga, katanya, menyebabkan Melayu tidak lagi dihormati oleh pihak lain yang mempunyai kepentingan politik dan mengamalkan perkauman sempit.
''Sekiranya orang Melayu terus alpa dan berpecah, tidak mustahil keadaan yang dibimbangi iaitu kaum Melayu menjadi pengemis di negara sendiri akan menjadi kenyataan.
"Sekiranya keadaan itu sudah berlaku, sebarang penyesalan sudah tidak bererti lagi," katanya ketika berucap merasmikan Malam Kesenian Islam sempena Sambutan Maulidur Rasul Felda Kumai dekat sini malam tadi…
Ulasan: Terlalu banyak perkara yang di laksanakan oleh UMNO sewaktu di ambang kekusaannya yang boleh menyebabkan kaum Melayu menjadi pengemis di negara sendiri. Biar jadi pengemis yang bermaruah dari menjadi tuan tanah yang hilang jati diri.
No comments:
Post a Comment