Wednesday, March 18, 2009

Buruh maut dihempap kren patah

PETALING JAYA 17 Mac - Seorang buruh warga Indonesia maut apabila dihempap sebatang tiang besi kren yang tiba-tiba patah di tapak pembinaan sebuah kondominium di SS2/95, di sini hari ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Sapri Mohamed, 50, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badannya.
Dalam kemalangan pada pukul 2.20 petang itu, mangsa yang memiliki taraf penduduk tetap (PR) dikatakan sedang bekerja di tingkat 30 bangunan tersebut.
Bagaimanapun tiba-tiba sebatang tiang besi kren yang berada di atasnya patah, lalu menghempap mangsa…
&
Penyelia maut dihempap konkrit bina kondominium
KUALA LUMPUR 17 Mac - Seorang penyelia maut setelah dihempap sebatang konkrit ketika bekerja di tapak pembinaan kondominium di Taman Desa, Batu 3 1/2 Jalan Klang Lama, dekat sini hari ini.
Dalam kejadian malang kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu, mangsa, Ng Hai Oun, 55, berada di dalam pejabatnya iaitu sebuah kontena, apabila secara tiba-tiba konkrit berkenaan terjatuh dan menghempapnya.
Nahas tersebut mengakibatkan mangsa cedera parah di seluruh anggota badan akibat tersepit dan meninggal dunia serta-merta.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Bari Wan Abdul Khalid berkata, kejadian berlaku ketika konkrit itu sedang dipindahkan dari lori ke tapak pembinaan menggunakan kren.
"Tiba-tiba tanah di kawasan tersebut mendap sedikit dan menyebabkan kedudukan kren itu berubah.
"Keadaan itu mengakibatkan konkrit yang diangkat terjatuh lalu menghempap sebuah kontena yang dijadikan pejabat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini…

Ulasan: Negara maju mengamalkan prosedur keselamatan yang tinggi. Kita di negara yang bukan maju pula mengamalkannya sebagai budaya kerja yang di paksa bukan budaya hidup kita. Banyak kemalangan boleh di elakkan kalau kita berhati-hati. Rugi bila kita kehilangan pekerja dan tapak bina di tutup untuk penyiasatan.

No comments: