Berkatalah Sasterawan Negara, Dato’ A.Samad Said:
…demi menyelamatkan angsa dan bahasa dari kepupusan rakyat di saran menggunakan ‘bahasa undi’ untuk mengajar pemimpin yang bakal membunuh bahasa ibundanya sendiri.
…pemimpin UMNO dan BN hanya boleh di ajar dengan kuasa undi dalam pilihan raya.
…UMNO/BN memperkecilkan golongan muda yang bakal menentukan masa depan negara ini. Oleh itu, golongan muda wajar menggunakan kuasa mengundi bagi menentukan pemimpin dan masa depan negara ini.
…pemimpin UMNO/BN telah melakukan satu jenayah dengan melanggar Akta Pendidikan dan melanggar Perlembagaan yang mensucikan bahasa.
…permasalahan PPSMI (Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) berlarutan sejak 6 tahun lalu kerana negara di tadbir oleh pemimpin yang hanya berfikir 5 tahun ke hadapan dan bukan 50 tahun ke hadapan.
…kita sudah kepupusan huruf (jawi) dan kita sudah hilang Utusan Melayu oleh kerana kepupusan huruf.
…kita hilang kitab-kitab jawi dan tidak lama lagi dalam 5 dekad kita akan hilang bahasa kita (bahasa Melayu) sendiri.
Sumber: 'Bahasa undi' anak muda – A Samad Said, Harakah, 2-5 Mac 2009, muka surat N8.
Ulasan: Bila politik di gunakan untuk mengaut dunia, akan rosaklah bangsa, bahasa, negara dan agama.
No comments:
Post a Comment