Tuesday, March 31, 2009

PPSMI diteruskan di sekolah menengah?

KUALA LUMPUR 30 Mac - Keputusan kerajaan berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang akan diumumkan tidak lama lagi, tidak semestinya dengan meneruskan dasar itu bulat-bulat atau menolaknya sama sekali. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, apa yang diutamakan ialah menyesuaikan dasar itu mengikut pencapaian kanak-kanak tempatan.
"Sama ada kita memansuhkan PPSMI atau tidak, saya percaya itu tidak menentukan atau memastikan bahasa kebangsaan dimartabatkan.
"Kementerian mempunyai cadangan yang hendak dibentangkan kepada Jemaah Menteri. Salah satu ialah menggunakan bahasa Melayu di sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini…

Ulasan: Kenapa pemimpin kita mengikut pemimpin dunia ketiga yang suka bercakap berbelit-berbelit? Marilah kita balik kepada asal yang telah dilaksanakan dengan jayanya selama ini iaitu dengan PPSMM bukan PPSMI. Dengan memansuhkan PPSMI kita bersama-sama menentukan atau memastikan bahasa kebangsaan dimartabatkan. Kita sepatutnya berfikiran merdeka bukan hamba.

No comments: