KUALA LUMPUR 19 Mac - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan khabar angin bahawa timbalannya, Mohamad Fairus Khairuddin telah meletak jawatan.
Guan Eng mendakwa, perkara itu disahkan sendiri oleh Mohamad Fairus semasa dihubungi oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri tersebut.
''Saya rasa buat masa ini beliau (Fairus) masih Timbalan Ketua Menteri I," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Desas-desus mengenai peletakan jawatan Mohamad Fairus tersebar luas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa beliau ingin meletak jawatan dan sudah menyampaikan hasrat itu kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Melalui SMS itu juga, Mohamad Fairus dikatakan berhasrat meninggalkan pakatan pembangkang kerana tidak sehaluan dengan kepimpinan PKR.
Mengenai masa depan timbalannya itu, Guan Eng memberitahu: ''Anda tidak mampu menjangka apa yang akan berlaku pada masa depan."
Sementara itu, Anwar ketika ditemui mendakwa, Mohamad Fairus pernah bertemunya bagi memaklumkan tidak dapat bersama-sama beliau dan barisan kepimpinan pakatan pembangkang untuk berada di dua kawasan pilihan raya kecil akan datang…
Ulasan: Berhati-hatilah bila berbeza pendapat. Jangan sampai BN/UMNO menjadi hero jadian dengan merampas demokrasi seperti yang berlaku di Perak. Media perdana akan terus mengapi-apikan sehingga kerajaan yang prihatin dengan rakyat berkecai.
No comments:
Post a Comment