KUALA LUMPUR 26 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta ahli- ahli parti itu menanam keazaman ‘untuk berubah’ sambil disusuli dengan langkah berani melakukan perubahan dalam diri sendiri jika mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam ucapan dasarnya yang terakhir sebagai Presiden UMNO, beliau menegaskan, betapa malangnya jika ramai ahli parti itu masih gagal memahami bahawa UMNO itu adalah ahli-ahlinya sendiri dan selagi mereka tidak berubah, UMNO tidak mungkin dapat berubah…
Ulasan: Selama ini kebanyakan pemimpin UMNO dari pelbagai peringkat bagaikan pagar makan padi berselindung di sebalik perjuangan membela bangsa Melayu dan agama Islam. Merekalah yang berjawatan, yang sibuk mengaut khazanah negara melalui kroni melalui cara yang tidak sah. Pernah bertemu dengan pemimpin UMNO yang miskin? Dalam setiap persidangan UMNO, perwakilan UMNO menjerit Hidup Melayu dan menyatakan perjuangan bangsa Melayu tidak pernah selesai. Memanglah tidak akan selesai kerana mereka sibuk dengan agenda peribadi mengumpulkan harta. Cukuplah 51 tahun rakyat bangsa Melayu memberi amanah kepada UMNO dan rasa begitu kecewa dengan hasil perjuangannya. Parti datang dan pergi tetapi bangsa Melayu dan negara mesti mendapat manfaat yang terbaik setiap masa. Biarlah UMNO terkubur angkara kebobrokannya sendiri. Jom kita orang Melayu teruskan hidup hidup tanpa UMNO, pengkhianat bangsa. Buat apa dengan pemimpin yang bermasaalah.
No comments:
Post a Comment