Friday, March 20, 2009

Tentera AS di Afghan ditambah dua kali ganda

WASHINGTON 19 Mac - Presiden Barack Obama merancang untuk menambah bilangan tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan kepada dua kali ganda bagi mewujudkan kestabilan di negara itu.
Langkah itu akan meningkatkan jumlah anggota tentera dan polis di Afghanistan kepada 400,000 orang, menurut laporan New York Times, yang memetik sumber pentadbiran kanan dan pegawai Pentagon.
Jumlah tentera Afghanistan kini adalah seramai 90,000, manakala anggota polis kebangsaan berjumlah 80,000 orang.
Pentadbiran Obama sedang berusaha memperkenalkan strategi baru untuk Afghanistan dan dijangka diumum minggu depan.
Pada 9 Mac lalu, Obama telah mengumumkan penghantaran sekurang-kurangnya 17,000 tentera Amerika Syarikat (AS) yang akan ditarik keluar dari Iraq menjelang September ini, menjadi kumpulan besar pertama tentera AS diundurkan dari bumi Iraq, sejak Obama mengumumkan pelan pengunduran tenteranya dari negara Teluk itu.
Jumlah tentera AS di luar AS kini berjumlah 120,000 orang, tidak termasuk di bumi Afghanistan…

Ulasan: Rupanya Obama menipu kita dengan mengurangkan tenteranya di Iraq tetapi menambahkannya di Afghanistan. Sepatutnya AS keluarkan semua tenteranya dari bumi Islam. Mungkin ajal kebanyakan tentera AS ialah di Afghanistan. Ayuh persiapkan keranda kerana setakat ini penjajah Afghanistan akan kalah.

No comments: