Thursday, March 05, 2009

Cemar nama baik parti – Muhyiddin

KUALA LUMPUR 4 Mac – Tindakan dua ahli UMNO, Datuk Kadar Ninam Shah dan Datuk Mazlan Harun mahu memohon injunksi di mahkamah bagi menghalang Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan pada 24 hingga 28 Mac ini, akan mencemarkan nama baik parti.
Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, adalah tidak wajar Ketua UMNO Cawangan Bandar Muar dan ahli UMNO Sri Dagang, Kota Damansara itu mengheret parti ke Mahkamah.
“Tindakan mengheret UMNO ke mahkamah tidak wajar walaupun mereka menuntut disegerakan tindakan terhadap kes-kes (politik wang) yang telah dilaporkan kepada Lembaga Disiplin,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini…

Ulasan: Tidak ada lagi yang baik dari UMNO. Eloklah cemarkan parti yang sudah tercemar supaya orang Melayu tidak lagi di cemarkan oleh parti kebangsaan selama ini.

Soal siasat boleh dirakam
KUALA LUMPUR 4 Mac - Semua bilik siasatan polis akan dilengkapkan dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi membolehkan sesi soal siasat dan percakapan mana-mana individu termasuk suspek dirakam.
Peraturan itu terkandung dalam garis panduan bilik siasatan yang diperkenalkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, pemasangan CCTV akan dibuat secara berperingkat sebelum diperluaskan di semua kontinjen dan daerah...

Ulasan: Eloklah supaya pegawai polis tidak lagi menyeksa suspek di lokap polis. Polis bukan penyeksa terlatih. Polis bukan pembunuh berlesen.

Kejadian pelajar dibelasah menjadi-jadi
KUANTAN 4 Mac - Kejadian buli melibatkan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.
Belum pun selesai kes di Mukah, Sarawak, muncul pula kejadian terbaru membabitkan seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dibelasah oleh sekumpulan 10 pelajar berhampiran sebuah sekolah di Mentakab, semalam.
Kejadian pukul 'ala gengster' kira-kira pukul 1.30 petang itu mengakibatkan pelajar tingkatan tiga berkenaan 'lembik' sehingga terpaksa dipapah pulang ke rumah oleh rakannya.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Siasatan dan Perundangan Pahang, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh untuk mendapatkan rawatan…

Ulasan: Semua berlaku bila pemimpin politik mula tunjukkan kehebatan tanpa rujukan kepada undang-undang. Masalah yang sama akan turun kebawah merosakkan masyarakat. Bapa borek anak rintik. Tunjukkan contoh yang baik kepada orang bawahan.

No comments: