Tuesday, March 31, 2009

BETUL KE 3 pilihan raya kecil kini tiada projek ‘mi segera’?

Tiada projek ‘mi segera’
TAIPING 14 Mac – Pendekatan projek pembangunan ‘mi segera’ setiap kali menjelang pilihan raya tidak akan diamalkan kerana usaha membantu rakyat miskin merupakan tugas berterusan dan melibatkan pembangunan bersepadu dalam jangka panjang.
Justeru, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat harus memberi kepercayaan penuh kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus memerintah supaya perubahan besar dan lebih menyeluruh dapat dirasai penduduk khususnya di Parlimen Bukit Gantang.
‘‘Sekarang bukan masanya lagi untuk kelulusan projek ‘mi segera’. Bila pilihan raya saja rakyat nampak jentera masuk kampung, projek turap jalan dan membersih kawasan.

‘‘Percayalah kalau hendak perubahan, sokongan harus diberi kepada BN dan kita akan tetap membawa perubahan besar kepada rakyat termasuk kawasan Parlimen Bukit Gantang ini.
‘‘Sudah semestinya kerajaan BN akan memberi perhatian berdasarkan mandat yang diberi oleh pengundi.
“Menteri Besar (Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir) telah minta pelbagai projek pembangunan dan rakyat mesti tunjuk sokongan kepada BN terlebih dahulu,” katanya semasa berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Taman Kota Jaya di sini hari ini.

Ulasan: Tak sampai 3 minggu bercakap tiada projek ‘mi segera’, kini mi segera sudah sampai walaupun hanya akan menghadapi pilihan raya kecil 7/4/09. Untuk tatapan anda, di perturunkan senarai projek mi segera yang ada, setakat yang terjumpa beritanya di internet:
1)Pakej rangsangan bermula
SUNGAI PETANI 30 Mac - Kerajaan mula mengagihkan peruntukan pakej rangsangan ekonomi bagi menaik taraf kemudahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah seluruh negara.
Antara sekolah terawal yang menerima peruntukan itu ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sungai Tukang di sini.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah tersebut menunjukkan kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan pelajaran di kalangan rakyat pelbagai kaum.
"Sebanyak RM350,000 peruntukan di bawah pakej rangsangan ekonomi ini adalah untuk membina bangunan tambahan atau menaik taraf kemudahan pendidikan bagi SJKT Sungai Tukang.
"Peruntukan ini penting bagi memastikan kemudahan pengajaran di kalangan murid-murid dan guru mencukupi.
"Ia juga menunjukkan usaha dan komitmen serius kerajaan membantu melahirkan insan cemerlang pada masa akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Peruntukan Cek Pakej Rangsangan Ekonomi kepada Guru Besar SJKT Sungai Tukang, K. Devi di sini hari ini.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Shahanim Mohd. Yusof, calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Datuk S. Ganesan…

Ulasan: Agaknya Menteri Pertanian mewakili Menteri Pelajaran di Majlis Penyerahan Peruntukan Cek Pakej Rangsangan Ekonomi kepada Guru Besar SJKT Sungai Tukang.

2) Tiga kategori sekolah 2010
SUNGAI PETANI 31 Mac – Kerajaan akan mentakrif semula jenis-jenis sekolah kepada tiga kategori menjelang tahun 2010.

Tiga kategori tersebut ialah Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan itu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan dan memudahkan kerajaan menyusun peruntukan kewangan mengikut kesesuaian pada masa akan datang.

“Saya akan membentangkan satu rangka tindakan mini kepada Kabinet tidak lama lagi berhubung penakrifan semula kategori sekolah.

“Menjelang tahun 2010, kita hanya ada tiga kategori sekolah berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu pertama, Sekolah Kerajaan yang mana ada Sekolah Kebangsaan di bawahnya.

“Yang kedua pula, Sekolah Bantuan Kerajaan yang ada empat jenis di bawahnya iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Mubaligh dan Sekolah Agama Kerajaan.

“Bagi sekolah swasta terdiri daripada sekolah yang tidak dibantu oleh kerajaan seperti sekolah antarabangsa dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan peruntukan pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM210,000 bagi tujuan meningkatkan kemudahan pendidikan di SJKT Ladang Sungai Getah, dekat sini hari ini…

3) 160 penduduk terima bantuan cermin mata

BUKIT GANTANG 1 April - Sebanyak 160 penduduk di sekitar Sungai Tinggi, dekat Trong di sini menerima bantuan cermin mata menerusi program kemasyarakatan anjuran bersama Puteri UMNO, Yayasan Rahah dan Klinik Tun Razak.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, penerima bantuan itu terdiri daripada penduduk kampung yang mengalami masalah rabun jauh dan dekat.

Katanya, cermin mata itu ditaja oleh Yayasan Rahah dan Klinik Tun Razak manakala Puteri UMNO bertindak sebagai penggerak kepada program tersebut.

''Pada 14 dan 15 Mac lalu, kami mengadakan program pemeriksaan mata di Sekolah Kebangsaan Sungai Tinggi dan penyerahan cermin mata diadakan hari ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan tersebut di sini, semalam.

Memandangkan terdapat penerima warga tua yang tidak dapat hadir pada majlis itu, Rosnah yang diiringi Ketua Puteri UMNO Perak, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin mengadakan kunjungan ke rumah mereka di Pekan Sungai Kerang untuk menyerahkan bantuan berkenaan.

Menurut Rosnah, selain pemberian cermin mata, pihaknya bersama Yayasan Rahah dan Klinik Tun Razak turut mengadakan program pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penduduk di sekitar Sungai Tinggi bermula 17 Mac lepas dan berakhir pada 7 April ini...

Ulasan: Kenapa tunggu pilihan raya baru teringatkan orang kampung... walaupun mi ini kecil saja.

4) Cabutan bertuah Umno-154 rumah percuma untuk pengundi Bukit Gantang
Dikirim pada April 2, 2009 oleh HermanSamsudeen 

Satu lagi projek memenangi hati rakyat Bukit Gantang bila mana Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga ketua penerangan Umno, Muhammad Muhd Taib mempergunakan peruntukan Kementerian itu bagi mempromosi pakej kahas pemberian rumah percuma sebanyah 154 unit kepada pengundi bertuah.

Rumah berharga RM33,000 sebuah siap dibina pada tahun ini dan dikatakan akan diserahkan kepada golongan Miskin. Siapa golongan miskin itu. Mana senarainya. Sebelum pembinaan itu dijalankan sepatutnya senarai bakal pemilik sudah ada jadi tidaklah duit itu dibazirkan kerana Kerajaan tahu jumlah yang memerlukan.

Paling kelakar, kenapa tiba-tiba Kementerian dirikan 154 buah rumah dan umum dalam kempen. Projek itu dikatakan telah dimulakan bulan lepas iaitu setelah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Hj Roslan Shaharum meninggal dunia.

Kalaupun nak umumkan kenapa tak dibuat di Pekan Pahang iaitu akwasan yang paling banyak kes keluarga miskin dilaporkan.

Nampak sangat inilah projek pilihanraya Umno. Masa pilihanraya mereka cakap semua percuma....

5) Gelanggang futsal moden di Bukit Selambau
SUNGAI PETANI 2 April - Kerajaan akan membina sebuah gelanggang futsal yang dilengkapi dengan lampu limpah bernilai RM150,000 untuk kemudahan golongan belia menjalankan aktiviti sukan dan ekonomi di Bukit Selambau di sini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, gelanggang futsal itu juga bukan sahaja dapat mencungkil bakat golongan belia dalam bidang sukan, malah menggalakkan mereka mempelajari kaedah pengurusan dan menjadi usahawan.

''Ini kerana pengurusan gelanggang akan diserahkan kepada belia di kawasan berkenaan dan jika aktiviti sukan diadakan pada waktu malam, mereka boleh menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual makanan dan minuman di kawasan itu.

''Tapak gelanggang futsal ini kita sudah kenal pasti dan kerja-kerja pembinaannya akan dijalankan tidak lama lagi," kata Ismail Sabri yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan golongan belia di pekan Bukit Selambau di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, Kementerian Belia dan Sukan akan membina 1,200 gelanggang sukan di seluruh negara untuk kemudahan para belia menjalankan aktiviti sukan…

6) Rasuah basikal dan tabur wang RM400 seorang 
Petikan: Harakahdaily

BUKIT GANTANG, 6 April (Hrkh) - Umno memberi sebuah basikal dan wang berjumlah RM400 kepada semua penduduk di Changkat Jering untuk memastikan penduduk di kawasan itu memberi undi simpati kepada calon mereka.

Perkara tersebut diakui oleh seorang penduduk yang enggan dikenali bahawa semua penduduk telah menerima pemberian daripada Umno. 

Dalam perkara yang sama seorang peniaga Cina turut mengakui Umno telah memberi wang sebanyak RM300 kepada orang Melayu manakala orang Cina hanya di beri RM100 setiap seorang. 

Beliau yang berniaga di Simpang, Changkat Jering menyelar sikap Umnoyang tidak adil dalam pemberian wang tersebut. 

"Masyarakat Cina marah sebab orang Melayu dibagi RM300 tetapi orang Cina hanya diberi RM100. Ini tidak adil kenapa mesti bezakan antara orang Melayu dengan Cina, kita sama-sama rakyat Malaysia," katanya. 

Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang turut berkempen di Simpang, Changkat Jering berkata, pemberian wang dan sebagainya daripada Umno-BN itu sudah menjadi amalan biasa parti itu. 

Beliau menegaskan, setiap kali pilihan raya sama ada kecil atau pilihan raya umum Umno-BN cuba kelabukan mata rakyat dengan memberi berbagai-bagai bantuan. 

Menurut beliau, pengundi Bukit Gantang tidak perlu takut untuk turun mengundi pada hari Selasa, 7 April nanti. 

"Pengundi perlu fikir panjang jangan kerana wang RM400 dan sebuah basikal kita sudah menggadaikan prinsip generasi masa hadapan," katanya. 

Beliau mengingatkan seluruh pengundi supaya jangan takut untuk memberi kepercayaan kepada calon PAS dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir kerajaan negeri Perak. 

"Kita akan berkhidmat dengan lebih baik kerana BN yang telah memerintah selama 51 tahun rakyat di Perak masih lagi ketinggalan untuk menikmati pembangunan," jelas beliau.
Dari: http://www.tranungkite.net/v8/

7) Tidak habis buat dosa kering
MUHYIDDIN Yassin menyerahkan replika cek RM1 juta kepada Guru Besar, Ong Beng Joo (dua dari kanan) sambil diperhatikan oleh Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yaakob (kanan) dan Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Tan Lian Hoe (tiga dari kiri) semasa perjumpaan dengan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sin Min, Simpang, semalam.

TAIPING 5 April – Tidak habis- habis buat dosa kering!
Itu reaksi spontan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai perbuatan pembangkang yang semakin hebat membuat gimik dan menabur fitnah terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelang tarikh pengundian serentak bagi tiga pilihan raya kecil Selasa ini…

Ulasan: Dosa kering biasanya setelah dosa basah ada. Siapa agaknya buat dosa basah?

Sebenarnya projek mi segera adalah amalan tradisi kuno BN hanya bertujuan untuk merasuah pengundi selama ini. Sudah lebih 50 tahun negara kita merdeka, tapi kerajaan BN menganggap kita rakyat hanya laparkan pembangunan sahaja. Pada hal pembangunan adalah amanah dan tanggung jawab oleh parti apa pun menjadi kerajaan selepas menang pilihan raya.

Rakyat kini telah sedar mengenai keadilan, kebebasan, penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin kerajaan, rasuah dan peta besar arah negara 40 tahun lagi dan sbgnya. 

No comments: