JASIN 18 Mac – “Tolong jangan pisahkan saya dengan adik-adik, kalau nak bawa mereka pergi ke rumah kebajikan, bawa saya juga.”
Itu rayuan Nur Nabila Osman, 17, kakak sulung kepada empat beradik yang kematian ibu Sabtu lalu.
Mereka kini hilang arah dan tempat bergantung.
Ibu adik-beradik malang itu, Maimunah Kasim, 52, meninggal akibat Hepatitis B dan bapa mereka lesap entah ke mana sejak empat tahun lalu.
Harapan empat beradik itu untuk menumpang kasih dan terus menetap bersama datuk mereka, Kasim Maa‘rof, 80, juga tidak kesampaian.
Selain faktor sumber kewangan yang amat terhad, pasangan warga emas itu terlalu uzur untuk memelihara adik-beradik itu.
Lantas Kasim merancang untuk ‘memisahkan’ empat cucunya itu dengan menghantar dua daripada mereka ke rumah kebajikan...
Ulasan: Memang akhir sekali Jabatan Kebajikan Masyarakat akan mengambil alih. Tapi sebelum itu berlaku, kalaulah jiran berdekatan atau orang sekampung boleh menguruskan serba serbi supaya kebajikan orang susah atau pesakit terjaga tentulah lebih baik. Ini menunjukkan masyarakat kita prihatin. Atau kita kembangkan sedikit kepada orang se pekan, orang se bandar, atau se negeri atau kalau semuanya daif sangat seluruh warga negara. Jangan sampai kita yang majoriti tidak berbuat apa-apa untuk membantu orang lain yang minoriti yang tidak bernasib baik. Berbagai kegiatan bermanfaat boleh di lakukan sekiranya kita bersama-sama. Bangunlah dan tinggalkan suasana selesa di dalam rumah kita untuk bersama-sama membantu orang lain.
No comments:
Post a Comment